Ada yang cakap Norman Hakim jadi orang tengah antara Marissa dan Abby Abadi, tak boleh berdiam ini respon dari Marissa Dania

Advertisements
Advertisements

Meskipun konflik keluarga melibatkan pelakon Abby Abadi, Norman Hakim dan anak mereka, Marissa Dania Hakim telahpun selesai, namun kisah mereka masih menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Terbaru, Marissa Dania Hakim sekali lagi menjadi perhatian apabila tampil membidas dakwaan segelintir netizen yang menuduh Norman Hakim menjadi ‘orang tengah’ dalam usaha menyelesaikan kemelut antara dirinya dan ibu tercinta, Abby Abadi.

Menerusi kenyataannya di platform Threads, Marissa menegaskan bahawa kehadirannya pada sesi siaran langsung bersama Abby baru-baru ini adalah atas kehendak dan inisiatif dirinya sendiri dan bukan atas arahan atau campur tangan sesiapa termasuklah ayahnya. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran individu berkenaan telahpun dipadam. Terdahulu, Norman, Abby dan Memey Suhaiza kelihatan menghabiskan masa bersama-sama meskipun tular laporan berita mengenai pendedahan Abby yang pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial juga, ketiga-tiga figura popular itu dilihat tampil tenang dan gembira seakan membuktikan bahawa hubungan mereka kekal harmoni walaupun dihimpit kisah silam yang penuh liku. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version