DISANGKA menyembunyikan diri, rupa-rupanya isteri pelakon Azlan Komeng itu pulang ke kampung halamannya di Thailand selepas memfailkan fasakh terhadap suami pada 9 April lalu. Nilam atau Nur Nilam Ortiz, 45, berkata dia berada dalam keadaan baik namun sibuk menjaga ibu yang sedang dirawat di sebuah hospital di Thailand. “Masih dekat sini, ada saja tau. Tak bersedih pun, tengah sibuk jaga syurga,” katanya menerusi hantaran di TikTok pada Selasa.
Menurut Nilam, dia tidak menyembunyikan diri kerana bimbang orang ramai akan mencarinya namun berkemungkinan akan tinggal lebih lama di kampung. “Kalau saya diam, orang akan tercari-cari saya mana. Saya mungkin akan seminggu lagi di sini, tapi tengok macam mana,” kongsinya. Sebelum ini, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, mengesahkan isterinya memfailkan fasakh terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.
Meskipun menghormati keputusan itu, Azlan bagaimanapun tidak akan melepaskan isterinya kerana mempunyai alasan tersendiri. Pada 9 April lalu, Nilam hadir ke mahkamah dengan berpakaian serba hitam mengundang perhatian ramai. Sebelum itu pada Mac, Nilam mendedahkan suaminya bakal berkahwin kali kedua. Perkara itu didedahkan Nilam menerusi video yang dimuat naik di TikTok selepas Azlan memintanya agar meminang bakal madunya itu.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.