Kongsi gambar bersama keluarga, Rebecca akui terlalu bangga bila Bonda Rozita jadi kakak ipar

Advertisements
Advertisements

BANGGA menerima kehadiran usahawan Rozita Ibrahim sebagai kakak ipar menjadi punca pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi foto perkahwinan abangnya itu. Rebecca, 39, berpendapat tindakannya itu tidak menjadi kesalahan memandangkan ia dikongsi selepas Rozita sendiri membuat pendedahan di media sosial miliknya. “Hampir empat bulan mereka akad nikah saya sebagai adik baru kongsi foto mereka, bukan gambar dia (Rozita) seorang tapi gambar keluarga.

“Saya rasa sudah bolehlah kot sebab dia dah kongsi foto abang saya, jadi saya pun ucap selamat datang ke keluarga kami. Saya sangat bangga BR (Bonda Rozita) menjadi kakak ipar saya… sangat bangga! Dia seorang usahawan wanita berjaya menjadi idola ramai wanita,” katanya menerusi sesi temubual di saluran YouTube Astro Gempak. Sementara itu, Rebecca berkata dia juga mengetahui mengenai permintaan Rozita yang enggan memperbesarkan isu perkahwinannya.

Namun dia tidak menyangka apabila perkongsian tersebut mengundang rasa tidak senang orang ramai. “Saya terkejut bila saya post ada pihak yang tak suka, saya cuma post gambar keluarga saja. Kami ada group bertiga, BR ada cakap tak nak perkara ini jadi besar,” kongsinya. Dalam pada itu, Rebecca memberitahu abangnya sudah berusaha untuk mendamaikan hubungan dengan mempertemukan dua keluarga itu, namun pihak Rozita menolak pelawaan berkenaan.

“Sejujurnya Abang Long sudah cakap dengan BR untuk BR bawa keluarga mereka dan Abang Long bawa kami, tapi pihak sana tak nak. Kalau betul jodoh ini, tiada orang nak kahwin dalam masa yang singkat kerana pada akhirnya kami adalah keluarga,” ujarnya. Sebelum ini, Rebecca mencetuskan kekecohan selepas memuat naik video menjawab tuduhan kononnya dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan Rozita. Pun begitu video berkenaan sudah dipadam Rebecca selepas ditegur oleh abangnya susulan berlakunya perbalahan bersama keluarga Rozita di media sosial.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version