Tetap berusaha keras cari nafkah untuk anak anak, Hafidz Roshdi akui tak pernah abai tanggungjawab sebagai bapa

Advertisements
Advertisements

PELAKON Hafidz Roshdi enggan ambil pusing akan persepsi warganet yang menuduh dia seorang bapa tidak bertanggungjawab terhadap dua cahaya mata bersama bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada.  Biarpun tinggal berjauhan, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 31, memberitahu dia tetap berusaha keras untuk mencari nafkah buat anak-anaknya.  “Anak-anak itu tetap berbinkan saya sebagai bapa mereka. Anak-anak tetap tanggungjawab saya. Sampai mati pun mereka adalah anak saya. 

Tak kisahlah orang nak cakap saya tak pedulikan anak-anak. Apa yang penting, saya dah buat sehabis baik.  Saya tahu diri saya, tak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Sejak mereka kecil sampai sekarang, saya balik dari kerja di set penggambaran atau apa, saya mesti nak luangkan masa dengan mereka,” katanya.  Hafidz memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Selasa. 

Tambah pelakon ini, dia sedang cuba sehabis baik untuk kembali berjumpa dengan anak-anak yang sudah lebih setahun tidak bertemu kerana mereka menetap bersama Shuhada di Australia. “Sehingga kini masih dalam proses lagi (untuk berjumpa dua anaknya). Sudah lebih setahun tidak dapat bercakap dan berjumpa dengan mereka.  Saya tidak dapat hubungi mereka. Saya terkilan dengan situsi yang berlaku,” ujarnya. 

Pada 30 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak lawatan sementara kepada Hafidz sepanjang cuti persekolahan hujung Mei ini.  Sementara itu, mahkamah dijadual akan mengeluarkan keputusan hadanah penuh pada 29 Julai. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah berpisah talak satu pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version