Kemesraan bukan dibuat buat demi mengejar rating program, Jalaluddin Hassan dedah Ramli Ms seorang lelaki yang penyayang

Advertisements
Advertisements

KEMESRAAN dan keakraban pelakon Datuk Jalaluddin Hassan dan pengarah muzik Datuk Ramli MS bukan dibuat-buat demi mengejar rating program Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak. Sebaliknya kata Jalaluddin, 71, keikhlasan hati menjadi faktor mereka kekal bersahabat sejak bertemu di set penggambaran musim pertama program tersebut dua tahun lalu.

“Hubungan baik di antara kami bukan buat-buat di depan kamera atau hendak mengejar rating, tidak! Sampaikan kami ada ketika kami sendiri pun tak tahu kamera sedang merakam momen kami bersama dan semuanya secara semula jadi,” katanya. Dalam pada itu, Jalaluddin menyifatkan Ramli seorang lelaki penyayang di sebalik karakter tegas dipamerkan ketika menjadi juri program nyanyian.

Kata Jalaluddin, ketika mereka menjalani penggambaran di luar negara, Ramli turut bertindak sebagai ‘doktor’ peribadinya bagi mengelak dia mengambil makanan tidak sihat. “Ramli memang lantang dan suka cakap lepas tapi di sebalik itu dia seorang lelaki penyayang dan mengambil berat.

Sebagai contoh, Ramli cukup menjaga pemakanan saya ketika kami menjalani penggambaran. Sampai saya nak minum air soda pun dia larang. Kalau saya sakit kepala dia berikan ubat-ubatan yang dibawa dan pastikan saya kembali sihat,” katanya. Sementara itu, Jalaluddin mengakui program Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak menjadi penyebab persahabatan mereka.

“Projek Bapak-Bapak sememangnya mengeratkan hubungan kami sehingga kami ada kumpulan WhatsApp sendiri,” jelasnya. Program Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak memasuki musim keempat turut menampilkan pelakon Roy Azman sebagai ahli tetap. Sementara seorang lagi ahli tetap iaitu penyanyi Jatt Ali digantikan dengan Mustapha Kamal untuk musim terbaharu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version