Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 54, mengesahkan rumah tangganya bersama penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 53, telah berakhir pada 4 Mac lalu. Memetik laporan Harian Metro, Sufian berkata, perceraian itu berlaku secara baik di Mahkamah Syariah Shah Alam dan keputusan tersebut dibuat atas dasar tiada lagi jodoh antara mereka setelah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga. “Kami sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca perceraian, saya anggap kami sudah tiada jodoh saja. Jadi, memang betullah gosip itu.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Loaded: 0.97%Fullscreen
You May Like
Insurans Kesihatan Swasta Murah untuk Warga Emas (2025)Knowledge Knower
Warga Emas Boleh Dapat Insurans Kesihatan Swasta Murah (2025)Knowledge Knower
Menangi pulangan tunai 100% (sehingga RM1,000)!Maybank Malaysia
Gabungan Kopi Luar Biasa | OHBULAN!OHBULAN!
“Namun, hubungan antara kami masih lagi baik sebagai sahabat. Pada usia saya yang sudah tua ini, nak bermasam muka atau bergaduh pun buat apa? Jodoh kami nampaknya sampai di sini saja dan saya positif menerima takdir yang sudah ditetapkan,” katanya kepada pemberita.
Mengaku tiada pasangan yang mahukan perceraian, Sufian bagaimanapun reda dengan ketentuan Tuhan.
“Saya pun tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengan dia dalam program dijalankan stesen TV.
“Saya akan terus beri sokongan pada kerjaya seninya, termasuk sebagai juri program,” jelasnya.
Sekadar info, Sufian dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada September 2022.
Dan, ini adalah perkahwinan kedua bagi pasangan tersebut.
Mereka difahamkan sudah mengenali sejak program Mentor Musim ke-3 pada 2008, namun semakin rapat pada 2021 yang seterusnya berkahir ke jenjang pelamin.
Sebelum itu, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon, Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.
Manakala, Sufian juga pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Sumber: Harian Metro