Individu ini terjaga dari tidur sebab keadaan bas bergerak kiri kanan, saksi dedah nampak jelas pemandu cuba potong lori

Advertisements
Advertisements

SEMUA penumpang yang menaiki bas persiaran untuk pulang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sudah tertidur ketika kenderaan itu terlibat kejadian tak diingini sekitar pukul 1 pagi Isnin. Salah seorang mangsa yang terselamat bagaimanapun berkata dia terjaga daripada tidur disebabkan keadaan bas yang bergerak ke kiri dan kanan dipercayai bagi memintas kenderaan lain.

“Waktu tu semua (penumpang) sudah tertidur. Saya macam rasa bas tu (bergerak) ke kiri dan kanan. Saya tersedar, sebab tu nampak dia (pemandu bas) cuba memotong sebuah lori. Lepas dia potong lori, dia masuk semula line (laluan jalan). Tiba-tiba… (kemalangan,” katanya menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial. Menurut mangsa yang merupakan seorang wanita, dia berada di barisan kedua tempat duduk di belakang pemandu.

Difahamkan dia tercampak keluar daripada bas dan terjatuh di atas rumput  sejurus selepas kemalangan berlaku. Terdahulu melaporkan seramai 15 mangsa disahkan pergi menghadap illahi dalam kemalangan antara bas dan sebuah Perodua Alza di Jalan Jeli-Gerik pada awal pagi Isnin. Bas berkenaan difahamkan disewa khas oleh sekumpulan pelajar dari Jerteh, Terengganu untuk ke kampus mereka di Tanjung Malim, Perak selepas menyambut Aidiladha di kampung halaman.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, bas tersebut membawa seramai 42 penuntut yang terdiri daripada lapan lelaki dan 32 wanita, kesemuanya berusia antara 21 hingga 23 tahun dan berasal dari negeri-negeri di Pantai Timur. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version