Pintu hati kini dah tertutup, Siti Jamumall akui tiada lagi peluang untuk memperbaiki rumahtangga dengan Aiman

Advertisements
Advertisements

SELEPAS diceraikan kali kedua, usahawan dan personaliti media sosial Siti Jamumall memberitahu hatinya kini sudah tertutup dan tiada lagi peluang untuk memperbaiki rumah tangganya bersama personaliti media sosial iaitu Aiman Tak Kesah. Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 27, berkata dia tidak lagi mahu bersedih malah mahu bangkit dan meneruskan kehidupan baru bersama anak-anaknya.

“Buat masa ini saya menunggu keputusan tarikh mahkamah bagi pengesahan perpisahan dan saya tidak pasti lagi sama ada talak tu jatuh dua atau tiga. Saya berserah saja dan untuk kembali bersama Aiman mungkin tidak rasanya sebab buat masa sekarang ni mungkin lebih baik fokus kepada diri dan anak-anak. Saya cari diri yang dah lama hilang serta ceria dan bersemangat, saya sedar sampai bila nak kena murungkan diri sebab bazir masa menangis meratapi… anak-anak perlukan saya,” katanya.

Sementara itu, Siti memberitahu tiada sebarang tindakan daripada suaminya iaitu Aiman untuk memperbaiki hubungan ini malah lebih selesa sekiranya buat haluan sendiri. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version