Rupanya kedai makan yang viral tu milik ibu saudara, Linda Hashim tampil bagi respon tentang tindakan Ekin Rahmat

Rupa-rupanya kedai makanan laut yang ditularkan oleh isteri kepada Mawi iaitu Ekin, adalah milik ibu saudara kepada pelakon Linda Hashim. Terpanggil dengan isu tersebut, Linda Hashim tampil memberi respon untuk membidas tindakan Ekin yang tularkan tanpa membuat sebarang perbincangan. Dalam pada itu, Linda Hashim juga turut mempersoal dan mempertikaikan kenyataan Ekin yang mengatakan bahawa dia… Continue reading Rupanya kedai makan yang viral tu milik ibu saudara, Linda Hashim tampil bagi respon tentang tindakan Ekin Rahmat

Lama tak dengar cerita, hantaran terbaru dari View Chin cetus tanda tanya warganet

Pempengaruh sensasi, View Chin mencuri perhatian ramai di media sosial yang tertumpu kepada statusnya di akaun Facebook miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, View Chin memberi kata salam kepada pengikutnya. Status tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa View Chin sudah memeluk agama Islam. “Assalamualaikum semua,” tulisnya. Berdasarkan pemerhatian, rata-rata warganet mula berteka-teki adakah benar View Chin sudah menukar agama. Bukan… Continue reading Lama tak dengar cerita, hantaran terbaru dari View Chin cetus tanda tanya warganet

Masih belum habis kontroversi, bekas isteri Nd Lala luah rasa kesal bila ada yang gelar dia dengan gelaran tak baik

KONTROVERSI perpisahan penyanyi Datuk ND Lala nampaknya masih belum berkesudahan apabila kali ini bekas isteri iaitu Fauziah Sarman meluahkan rasa kesal apabila menerima hinaan warganet di media sosial. Fauziah, 55, terkilan apabila ada individu menulis komen negatif membabitkan dirinya dan anak-anak di laman sosial. Katanya, lelaki berkenaan mengutuk dan menggelar dirinya dengan panggilan yang tidak baik.… Continue reading Masih belum habis kontroversi, bekas isteri Nd Lala luah rasa kesal bila ada yang gelar dia dengan gelaran tak baik

Lufya Omar lama tak kongsikan pasal anak di ig jadi tanda tanya warganet, tak sangka rupanya 2 minggu ank kurang sihat sampai kurus

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Lufya Omar sering memuat naik foto dan video bersama puteri tunggalnya, Laana Haura. Namun, sejak kebelakangan ini, dia dilihat jarang memuat naik mengenai anaknya menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet. Susulan itu, Lufya tampil menjelaskan bahawa anaknya itu berada dalam keadaan tidak sihat dan mengambil keputusan untuk tidak kemaskini mengenai Haura buat… Continue reading Lufya Omar lama tak kongsikan pasal anak di ig jadi tanda tanya warganet, tak sangka rupanya 2 minggu ank kurang sihat sampai kurus

Pilih untuk dekatkan diri dengan Allah, Siti Nordiana akui kes saman lima sekawan beri kesan terhadap mental

PENYANYI Siti Nordiana mengakui kemelut membabitkan dirinya dengan lima sekawan yang berlaku sejak tahun 2021 telah memberikan kesan terhadap mentalnya. Enggan emosinya terus terganggu, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 39, berkata dia memilih mendekatkan diri dengan Allah SWT dan lebih kerap mengunjungi masjid bagi mencari ketenangan. “Saya akui memang terkesan dengan apa yang diperlakukan. Jadi,… Continue reading Pilih untuk dekatkan diri dengan Allah, Siti Nordiana akui kes saman lima sekawan beri kesan terhadap mental

Tular video Aliff Syukri hantarkan kerusi roda, sekali adik Sajat bengang bila ada yang tuduh dia tak pandai jaga bapa

Adik kepada usahawan kontroversi, Nur Sajat tampil menjawab dakwaan warganet yang mengatakan dirinya tidak menjalankan tanggungjawab menjaga ayahnya yang tidak sihat. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mustika berang apabila difitnah segelintir warganet yang menuduh dirinya tidak menyediakan keperluan seperti kerusi roda bagi memudahkan aktiviti harian bapanya. “Masalahnya mana mak aku, kembar aku dan… Continue reading Tular video Aliff Syukri hantarkan kerusi roda, sekali adik Sajat bengang bila ada yang tuduh dia tak pandai jaga bapa

Walaupun sibuk uruskan perniagaan dan keluarga, bukan penghalang untuk Tya Ariffin tamatkan pengajian di universiti

SIBUK menguruskan rumah tangga dan perniagaan sama sekali tidak menghalang pelakon dan usahawan, Tya Ariffin menamatkan pengajiannya di universiti. Tya atau Nurtria Wulandari, 29, memberitahu dia berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di sebuah universiti swasta dan akan bergraduasi tidak lama lagi. Kata Tya, selepas tamat sekolah menengah dia tidak menyambung pengajian kerana memilih untuk… Continue reading Walaupun sibuk uruskan perniagaan dan keluarga, bukan penghalang untuk Tya Ariffin tamatkan pengajian di universiti

Rumahtangga ibu dan ayah jadi perbualan warganet, sekali Siti Hajaar tegaskan kedua ibu bapa tak pernah berpisah

Isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar dilihat bersuara apabila rumah tangga arwah ayahnya, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad bersama ibu, Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain menjadi bahan bualan di media sosial. Menerusi akaun TikTok peminat Siti Hajaar iaitu siti.hajar.syeikh3, satu tangkapan skrin (screenshot) menunjukkan komen balas isteri MK terhadap seorang warganet. Siti Hajaar… Continue reading Rumahtangga ibu dan ayah jadi perbualan warganet, sekali Siti Hajaar tegaskan kedua ibu bapa tak pernah berpisah

Makan tak sampai 20 orang, Ekin Rahmat tampil menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik kedai

SUSULAN pendedahan pemilik kedai makan mengenai dakwaan mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut, usahawan selebriti Ekin tampil menjawab kenyataan dikeluarkan wanita berkenaan. Menurut Ekin atau Nora’ Asikin Rahmat, 44, dia bersama ahli keluarganya berkunjung ke restoran berkenaan seramai 16 orang dan bukanlah 20 orang seperti didakwa pemilik berkenaan. “Kami makan tak sampai 20 orang, semuanya… Continue reading Makan tak sampai 20 orang, Ekin Rahmat tampil menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik kedai

Tular gosip Zizan Razak tak nak kerjasama dengan Mira Filzah, sekali ini respon dari tuan badan

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak menafikan dakwaan sesetengah yang mengatakan dia menolak tawaran untuk bekerjasama dengan pelakon Mira Filzah. Menurutnya, dia sentiasa terbuka untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja termasuk Mira. “Tidak benar dakwaan itu. Saya langsung tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk bekerja dengan sesiapa pun selagi gandingan itu dirasakan yang terbaik. “Tapi jika saya… Continue reading Tular gosip Zizan Razak tak nak kerjasama dengan Mira Filzah, sekali ini respon dari tuan badan

Exit mobile version