Akhirnya yang ditunggu tunggu telah pun tiba pereka fesyen Rico Rinaldi dan Mis Claire bergabung menghasilkan koleksi untuk wanita bertubuh gempal. Ditubuhkan sejak 2012, Mis Claire adalah sebuah jenama pakaian khusus untuk wanita bertubuh gempal atau plus size yang semakin melonjak naik di Malaysia. Digerakkan oleh 25 wanita dari pelbagai kaum, saiz dan latar belakang berbeza serta berminat dalam bidang fesyen, misi utama jenama ini adalah untuk menaikkan imej wanita plus size dan mengetepi diskriminasi berkaitan saiz dan ejekan tubuh (body shaming). Mis Claire mempamerkan sentuhan rekaan busana pakaian yang sederhana namun tetap bergaya dalam setiap koleksi yang dikeluarkan sesuai dengan kepelbagaian gaya hidup.
Mereka sangat berhati-hati dalam memilih jenis fabrik yang digunakan untuk setiap penghasilan rekaan. Jenis fabrik dengan ketebalan, kekuatan dan ketahanan yang betul perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan pakaian yang sesuai dan selesa untuk wanita bertubuh gempal. Produk Mis Clairedidatangkan dengan potongan besar dari saiz XL hingga 7XL. Di sini, Mis Claire amat teliti dalam melaraskan semula setiap potongan dan ukuran agar sesuai mengikut saiz, ketinggian dan jenis bentuk badan wanita berbadan besar di Asia. Antara koleksi yang cukup menarik keluaran mereka, mereka prihatin dengan kebimbangan yang dihadapi oleh kebanyakan wanita berbadan besar seperti ukur lilit di bahagian lengan atas, pinggul dan pinggang. Oleh itu, Mis Claire sentiasa memberikan keselesaan dan kesempurnaan dalam setiap rekaan yang dibawakan untuk pelanggan.
Koleksi Rico Rinaldi for Mis Claire pada tahun ini sangat menarik, Mis Claire telah bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan yang berbakat, pemenang pelbagai anugerah dan pengaruh media sosial yang sangat disayangi ramai, Rico Rinaldi. Koleksi Rico Rinaldi for Mis Claire akan mengembalikan suasana nostalgia Aidilfitri dengan siri klasik ini datang dengan sentuhan sulaman terkenal oleh Rico bersesuaian dengan imej wanita bersaiz besar. “Mis Claire yakin bahawa koleksi Aidilfitri kali ini akan kekal menjadi pilihan dalam beberapa tahun akan datang. Hal ini kerana, rekaan kreatif dari masa lalu dengan corak dan butiran terperinci dan halus menjadikan setiap busana yang digayakan kelihatan sentiasa anggun dan segar. “Selain itu, Mis Claire kali ini berjaya keluar dari zon selesa dengan menjalankan penggambaran kempen yang mencabar untuk wanita bersaiz besar.
Anda akan tampil yakin di pagi Syawal dengan rekaan Rico Rinaldi dan Mis Claire. “Jenama itu telah berusaha untuk memecahkan batasan yang ada dengan mengeluarkan lebih banyak karya yang berharga dalam usaha untuk menaikkan keanggunan dan pesona wanita bersaiz besar,” kata wakil Mis Claire dalam satu kenyataan kepada mStar. Sementara itu, koleksi Rico Rinaldi for Mis Claire kali ini direka dengan kesederhanaan namun tetap mengekalkan elemen klasik dalam rekaanya. Rekaan ini bertujuan untuk menjadikan busana ini kelihatan minimalis tetapi ekspresif, klasik namun tidak lapuk dek zaman. Melangkaui bentuk, saiz dan umur, Mis Claire berharap koleksi ini akan kekal menjadi kenangan tahun demi tahun. Koleksi Rico Rinaldi for Mis Claire ini didatangkan dengan lima rekaan yang menarik dalam lapan warna yang telah dipilih dengan teliti. Busana rekaan pereka fesyen terkenal ini dihasilkan untuk dimiliki oleh semua dengan harga lingkungan RM269 – RM289 untuk set penuh baju atas dan skirt yang dilancarkan pada 14 Mac 2022. Saiz yang ditawarkan bermula dari XL (UK16) hingga 7XL (UK28). Koleksi ini boleh didapati di laman web Mis Claire (www.misclaire.com), Shopee (misclaire.os), butik Mis Claire dan butik Rico Rinaldi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Sumber, mstar.
Pereka Fesyen Terkenal Nyatakan Hasratnya Untuk Travel Di Laman Twitter, Ramai Warganet Menyokong Kenyataannya. Memang bagus apa yang dikongsikan. Siapa yang tidak kenal dengan pereka fesyen tanah air, Rico Rinaldi yang banyak menghasilkan rekaan busana yang terkini baik untuk wanita mahupun lelaki. Tular di media sosial milik pereka fesyen ini, memuatnaik ciapan di akaun Twitter nya tentang percutian menarik perhatian pengguna media sosial. Ada duit tapi tak ada masa nak bercuti. Melihat ciapan Rico, pereka fesyen ini seolah-olah mencemburui kawan-kawan beliau yang ramai sedang bercuti di luar negara mahupun di dalam negara. Menurut Rico, beliau mempunyai wang untuk pergi bercuti cuma tiada masa untuk merealiasikan hasratnya itu.
“Semalam benda ni terlintas dalam fikiran. Sementara melihat media sosial aku di mana kebanyakan kawan aku tengah bercuti (walaupun dalam negara pun). Aku berfikir, takkan aku nanti dah betul-betul tua baru nak melancong? Kemudian aku buka Maybank2U, sebenarnya aku ada duit apa yang aku perlu kan sekarang masa.” Ciapnya itu. Warganet kongsi pandangan dan pesanan daripada melihat ciapan pereka fesyen tersebut di Twitter, ramai pengguna media sosial mula berkongsi pandangan mereka secara peribadi mengenai isu bercuti dan masa yang dibangkitkan oleh Rico dalam ciapannya itu. “Sekuat mana kita bekerja untuk simpanan masa depan, sentiasalah agihkan sedikit wang untuk ‘self reward’ dan pergilah ke tempat yang ingin dilawati” .“Dari pemerhatian saya, sesetengah orang terlalu takut nak guna duit mereka, takut habis. Tapi masa muda ni lah nak melancong, makan dan beli apa yang kita nak.” Ciap warganet.
Warganet juga nyatakan “Ok lah tu. Kena cuba cari masa. Ada orang lain, masa tak ada. Duit pun tak ada.” “Jangan fikir banyak Rico. Pergi lah.” “Ada masa, celah-celah je pergi, macam aku, hari ni rancang esok gerak.” “Masa sihat ni lah masa untuk melancong melihat negara luar, budaya, makanan. Duit boleh di cari tapi masa takkan kembali.” ciap mereka. Betul juga kata warganet ada duit dan tenaga, sesuai sangat nak pergi melancong cuma kena bijak mencari masa untuk berlibur. Sumber: murai.my