Sissy Iman luah rasa sedih kucing lama tak balik rumah, Rupanya ini yang jadi

Tular di media sosial baru baru ni penyanyi Sissy Imann meluahkan rasa sedih apabila kucing kesayangannya yang hilang selama 27 hari ditemui sudah tidak bernyawa. Berkongsi kesedihan itu, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil​, berkata, kucing yang diberi nama Ashecat sangat manja dan sentiasa dalam keadaan bersih. “Saya rasa inilah pengakhiran, Ashecat. Saya masih ingat yang saya nak sangat bela kucing tapi tak nak renyah bersihkan poop (tahi) sebab tak ada masa. “Hari-hari cakap bela kucing. Allah baik sangat. Dia betul-betul hantar kucing yang baik depan pintu rumah yang paling senang nak jaga. “Yang sangat bersih, pandai bawa diri, kalau makanan terjatuh dekat lantai pun dia kutip makan. Manja sangat dan selalu tunggu kita balik kerja,” katanya. Penyanyi lagu Pesanan Ayahanda itu turut memuat naik video kenangan Ashecat di laman Instagram miliknya.

Sissy bersyukur dengan kehadiran Ashecat.

Rata-rata warganet memahami kesedihan dialami Sissy yang sudah menganggap kucing itu seperti ahli keluarga sendiri. Dalam pada itu, Sissy berkata, dia tidak sanggup untuk melihat kucing perliharan pertamanya itu mti di depan mata. “Ramai yang kata kucing kalau dah nak ajal, dia memang akan hilang. Sebab tak nak pergi buat selamanya depan tuan yang dia sayang. Wallahualam. “Tapi betul juga, kalau dia pergi depan mata… mungkin lebih pecah hati ini. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan kehadiran kamu dan saya sentiasa akan ingat kamu sebagai kucing kesayangan pertama saya. Rest well Ashecat sayang,” ujarnya. Sumber, mstar

Kerap Sembunyi, Ketahui Tanda Mungkin Si Bulus Anda Akan Pergi Selamanya. Tahukah anda kucing boleh dikatakan sebahagian daripada keluarga kita memandangkan mereka juga menetap dalam rumah yang sama. Kucing juga mampu untuk menenangkan minda kita dengan telatah dan wajah mereka yang comel. Namun begitu, bagaimana pula jika pada suatu hari si bulus akan ‘pergi’ meninggalkan kita? Seelok mana pun kita pelihara si bulus, mana-mana yang hidup pasti akan mati juga. Buat pemilik kucing, saat kehilangan haiwan kesayangan ini merupakan satu detik yang sangat memilukan. Untuk itu, kita harus tahu tanda-tanda si bulus bakal pergi meninggalkan kita.

Perubahan rupa dan bau

Seperti yang kita tahu, kucing ialah seekor haiwan yang pembersih dan sering mandi dengan menjilat bulu sendiri. Namun apabila mereka sudah uzur dan tua, mereka akan kehilangan tenaga untuk berbuat demikian. Kesannya, bau bulu kucing akan menjadi sedikit busuk dan bulu mereka juga akan kelihatan kotor dan tidak terurus.

Tidak makan dan minum

Seperti haiwan yang lain, ia adalah satu kebiasaan untuk kucing kehilangan selera makan apabila mereka sudah tidak bermaya dan uzur. Badan kucing tahu mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk makan dan minum. Malah, kucing boleh menjadi terlalu penat untuk makan dan minum apabila mereka sudah hampir ‘pergi’. Suhu badan rendah, seekor kucing yang sihat mempunyai suhu badan di antara 37 hingga 38 selsius. Salah satu tanda kucing anda mungkin bakal pergi ialah mereka mempunyai suhu badan yang rendah. Denyut jantung kucing juga akan menjadi semakin perlahan dan lemah. Selalu periksa kucing anda okay!

Bersembunyi

Kebiasaannya, kucing akan mencari tempat yang dianggapnya selamat, tenang dan gelap untuk berehat buat selamanya. Boleh jadi, tempat ini adalah jauh daripada kawasan rumah. Ini adalah kerana kucing berasa mereka akan lebih terancam kepada haiwan lain apabila mereka lemah, jadi menyorok di tempat yang selamat adalah cara untuk menyelamatkan diri. Perubahan karakter, perkara ini boleh disedari apabila kucing tidak lagi mahu dipegang dan bermanja dengan kita seperti biasa. Boleh jadi juga, kucing yang biasanya tidak mahu bermanja akan berubah dengan mahukan perhatian di saat hujung nyawanya. Sumber, lobak merah

Exit mobile version