Memang tak asing lagi kita dengan usahawan kontroversi ini. Gara-gara klip promosi lagu dangdut baharu Datuk Seri Aliff Syukri dalam Instagram dan TikTok, nama Baby Shima selaku rakan duet usahawan tersebut sekali lagi ‘naik’ carta apabila penampilan dan aksi tariannya kembali meraih kritikan hebat. Rentetan satu persatu kontroversi, ramai dalam warganet menuduh pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, sengaja mencetuskan sensasi untuk kekal popular. Tidak menyangka sedutan klip muzik video (MV) lagu Baby Sayang itu menjadi topik hangat. Baby Shima bagaimanapun menafikan sengaja menarik perhatian dengan cara sebegitu.
Kata penyanyi tersebut, dia tidak boleh mengawal setiap kritikan sebaliknya menganggap mereka yang banyak menonton video sebegitu mempunyai imaginasi tinggi sehingga berfikir bukan-bukan. “Saya tak pernah nak cetuskan sebarang isu. Apa yang saya kongsikan adalah di dalam media sosial saya dan semua itu membabitkan tuntutan kerja. “Mengenai MV Baby Sayang yang kini tular dan diperkatakan ramai, saya sendiri tak terfikir ia akan meraih maklum balas yang sangat pantas.“Sejujurnya saya akui lagu dangdut memang sinonim dengan tarian, itu sukar untuk dipisahkan. Bagi saya rentak tarian juga merupakan senaman. “Kalau sesuai dengan tontonan, itu semua berbalik kepada si penonton sama mahu lihat secara positif atau negatif. Kita buat baik pun kena kritik,” katanya kepada Kosmo! Online.
Luah penyanyi berusia 29 tahun yang turut menempa nama di Indonesia, dia menghormati setiap pandangan dan teguran semua pihak. “Setiap individu punya pandangan berbeza. Saya tetap hormati pandangan masing-masing. Terima kasih,” ulasnya lagi. Pada masa sama, penyanyi Roadblock Hatiku itu turut meninggalkan peringatan kepada mereka yang suka mengecamnya supaya cermin diri sendiri dahulu. “Pada pandangan saya kita boleh kawal apa yg kita nak tonton, boleh ‘unfollow’ akaun yang tak senonoh, tapi kebanyakkan yang kritik saya, mereka pula ikuti laman luc4h,” tambahnya.
Bonda Rozita Bidas Datuk Aliff
Bukan sahaja ditegur warganet malah ibu tercinta Datuk Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim turut mencoretkan sebuah komen yang membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.” Wallahi benci, sudah jangan mengundang bala, satu satu yang kri jemput, yakinlah kri niaga ni tak perlu artis akan berjaya, tak payah joget laga punggung pun dapat rezeki”.” Menyanyilah ia bukan aurat lelaki, tapi bukan bersama wanita begini, letak maruah tertinggi bukan glamer tertinggi, kamu bukan artis tapi usahawan dah lari fokus.
Ternyata apa yang dinasihatkan oleh Bonda Rozita untuk anak lelakinya itu cukup padu. Diharap Datuk Aliff lebih peka dan tidak terlalu mahu meraih perhatian orang ramai dengan kontroversi sebegini. Aliff Syukri Buang Ego, Kembali Kepada Keluarga, Lebih Matang Hargai Isteri “Please Datuk Faham, Dah Banyak Kali Bonda Warning Tu” Menerusi ruangan komen, warganet menyeru agar Datuk Aliff memahami apa yang dikatakan oleh ibu tercinta.
Terdahulu, aksi Aliff dan Baby Shima menjadi sasaran kemarahan warganet yang kesal dengan tarian goyang pinggul dalam sedutan MV lagu berjudul Baby Sayang ciptaan Amy UKs. Pemakaian penyanyi wanita itu yang mengenakan seluar pendek hitam bersama sarung kaki turut mendapat kritikan apabila disifatkan menjolok mata. Malah dua pendakwah bebas turut menegur tindakan usahawan terbabit yang disifatkan keterlaluan serta tidak pernah serik mengejar kontroversi. Selepas dihujani pelbagai kecaman, Aliff dilihat menutup ruang komen dalam klip VM tersebut, namun ‘tentera’ maya meninggalkan komen nasihat dalam hantarannya yang lain. Sumber, KOSMO! ONLINE