Siapa tak kenal dengan anak perempuan penyanyi terkenal ini. Peminat menjangkakan Aafiyah bakal menyambung legasi ibunya, Siti Nurhaliza. Gelagat Siti Aafiyah sering menjadi perhatian ramai apatah lagi apabila setiap kali aksi comelnya dikongsi oleh ibunya, Datuk Seri Siti Nurhaliza di media sosial. Terbaharu, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan Aafiyah menunjukkan bakat nyanyiannya ketika sedang bermain buaian ditemani Siti. Video yang dikongsi menerusi akaun TikTok @sitizoners.official itu memperlihatkan Siti menyanyi lagu Burung Kakak Tua yang disambung oleh Aafiyah.
Suara Aafiyah mendapat pujian warganet.
Ramai memuji kanak-kanak berusia lima tahun itu mempunyai suara merdu yang mewarisi bakat ibunya. Malah ramai menjangkakan Aafiyah akan menjadi penyambung legasi Siti apabila dia dewasa kelak. “Memang anak Siti, bakal menjadi penyambung legasi ni. Mewarisi bakat ibu, sedap suara Aafiyah. “Sedap betul Afiyah sebut ‘ulalaa’ dengan ‘tueee’ siap ada lenggok. Berlemak suara dia, bakal jadi Siti Nurhaliza 2.0 ni. “Pandai dia lengokkan lagu tu, betul-betul darah seni mengalir dalam badan,” kata netizen. Sehingga kini, video itu telah meraih sebanyak 400,000 tontonan sejak ia dimuat naik di TikTok. Sumber, mstar
Siti Nurhaliza Menasihati Penyanyi Baharu Hadiri Kelas Vokal, Siti Akui Perlu Kuatkan Mental Dan Fizikal Bila Lagu Semakin Popular. Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan persembahan di dalam studio dan menyanyikan secara siaran langsung (live) adalah dua situasi yang berbeza. Ketika ditemui OhBulan!, Siti, 43, menasihati penyanyi baharu untuk pergi ke kelas vokal dan kerap membuat latihan sebagai persiapan untuk menyanyikan lagu mereka secara ‘live.’ Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin berkata tindakan itu boleh membantu mengawal perasaan gementar serta dapat menyanyikan dengan tenang. Walaupun sudah biasa menyanyi, tapi apabila ada satu lagu yang memang tiba-tiba meletup dan kena menyanyi ‘live’, perasaan gementar memang tinggi. Jadi, kalau artis baru dia kena hadapi perkara ini dengan tenang.
Bersedia mental fizikal
Memang betul kita sudah menyanyi sedap dalam studio. Orang nak dengar kita nyanyi ‘live’ tu lebih sedap atau sebaliknya. Memang kena bersedia mental fizikal. Jadi, kena selalu berlatih dan berlatih untuk melancarkan setiap nyanyian. Tak salah ke kelas vokal. Kadang teknik nyanyian kita tak belajar. Apabila sudah belajar baru kita tahu teknik yang boleh membantu nyanyian kita. Sebab bila lagu tu dah popular menjadi masalah untuk kita pula. Siti berkata demikian ketika majlis Sidang Media Music of The Soul: An Evening with Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang diadakan di Heritage Club @ Royale Chulan, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Selalu buat latihan
Tambah usahawan terkenal ini, penyanyi baharu juga perlu mengikut kemampuan diri untuk menjadikan nyanyian itu ‘sedap’ didengari.Sebenarnya kalau kita menyanyi kena ikut kemampuan, latihan selalu, ia akan okay. Itu saya hadapi juga dulu, bila di studio menyanyi bukan main tinggi, bolehlah sebab ulang banyak kali.Tapi bila nyanyi ‘live’ sekali saja, kalau menjadi, ‘pitching’ sampai, kiranya memang boleh menyanyi dengan baik.
Dalam pada itu, pelantun lagu Anta Permana mengakui dia juga masih berasa gementar sewaktu menyanyikan lagu secara ‘live.’ Perasaan gementar tu ada juga. Sebab tu kalau sudah keluarkan lagu kena bersedia, fizikal dan mental. Latihan hari-hari dan menyanyi. Macam mana sedap di radio tu, dengar jugalah macam mana kita nyanyi ‘live’. Sumber, oh bulan