Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Jaskin Jaludin, penyanyi Shahir mengakui dia kini menjalani momen bahagia selepas berkahwin. Memetik BH Online, Shahir memberitahu berat badannya kini naik mendadak kerana begitu bahagia serta memuji isterinya seorang yang pandai memasak. “Selepas kahwin saya semakin berisi. Alhamdulillah, semuanya lebih teratur dan pemakanan juga terjaga. Kalau nak tanya berapa banyak badan naik, anda tengok sudah tahu. Isteri saya memang pandai memasak. “Masa bujang saya boleh kawal pemakanan, tetapi sekarang, bila isteri masak takkan saya tak nak makan,” katanya.
Ditanya adakah dia risau dengan penampilannya memandangkan berat badannya kini naik, Shahir berkata dia reda dengan fizikalnya sekarang. “Dahulu, saya tidak suka keluar dalam media sosial apabila badan saya berisi. Tetapi, sekarang saya amalkan konsep reda apabila bersama ustaz. Jadi, saya reda sahaja berat badan sekarang. Yang penting, saya sihat,” katanya. Apabila sudah berkahwin, pasti tidak akan terlepas dengan pertanyaan mengenai cahaya mata. Shahir berkata dia tdan isteri tidak merancang dan menyerahkan rezeki zuriat kepada Allah. “Semuanya bergantung kepada rezeki. Saya tidak merancang sama ada nak ada anak atau menangguhkannya. Jika rezeki cepat, Alhamdulillah.
“Kita berdoa mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki. Tetapi buat masa ini, belum lagi. Saya nampak seperti mengandung, tetapi tidak,” katanya. Shahir selamat diijabkabulkan dengan Jaskin di sebuah premis perkahwinan di One City, Subang Jaya pada 3 September lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
‘Bila masa pulak hutang RM4,000’. Penyanyi Shahir Zawawi menepis dakwaan dia berhutang sebanyak RM4,000 seperti yang dilemparkan seorang individu di laman sosial dan menganggap tuduhan itu tidak berasas. Shahir, 34, yang akan melangsungkan pernikahan malam esok berkata, terma digunakan pihak terbabit juga tidak betul memandangkan perkara dibangkitkan adalah mengenai tuntutan yang tidak pernah dibincangkan atau diputuskan sebelum ini. “Saya mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan isu begini kerana sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. Kalau betul saya berhutang sampai kenapa baru sekarang disebarkan?
“Selepas itu ada pula individu lain yang dakwa saya juga mempunyai masalah dengan syarikat rakaman. Isu ini dikatakan timbul ketika saya berada dalam AF Megastar yang disertai atas jemputan Astro. Itu pun hanya setakat minggu ketiga disebabkan hal yang tak perlu saya dedahkan. Jadi apabila individu itu kata saya berhutang, bagi saya terma yang digunakan itu sendiri sudah salah. Alih-alih dia buat tuntutan membabitkan wang sebanyak RM4,000,” katanya. Juara Akademi Fantasia 8 (AF8) dan Hijrahkan Laguku itu turut tertanya-tanya motif di sebalik tuduhan itu sedangkan pihak berkenaan boleh saja berjumpa dengannya pada bila-bila masa.
Katanya, selama ini pun tiada sebarang perkara yang ingin disembunyikan apatah lagi cuba melarikan diri seandainya dia bukan di pihak yang benar. Terdahulu, seorang individu yang terbabit dalam industri hiburan tinggalkan komen di Facebook sebuah akhbar mengenai berita penyanyi itu akan mendirikan rumah tangga. Dalam komen yang ditinggalkan, dia mendakwa Shahir berhutang dengannya membabitkan wang berjumlah RM4,000. “Bayar hutang dulu baru nikah!” Aku yang hidup ini pun dia main senyap saja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu!” itu antara komen individu berkenaan.