Umum ramai kenali dengan penyanyi terkenal Malaysia ini. Siti mengetahui berita duka itu selepas membuat persembahan malam tadi. Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi berita sedih memaklumkan ibunya iaitu Siti Salmah Bachik, 70, disahkan positif Cvd-19. Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 43, berkata dia menerima perkhabaran itu sebaik selesai mengadakan persembahan di Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza x Dato’ Awie pada malam Sabtu.
Katanya “Balik tengok handphone, dapat berita mak kena Covid. Dapat cakap dengan mak baru lega,” tulisnya di Instastory. Menurut penyanyi ini, ibunya tidak mengalami simptom teruk kecuali sakit badan dan batuk.
Siti mohon peminat mendoakan kesembuhan buat ibu tercinta.
Siti baharu sahaja menjayakan persembahan amal malam tadi. Dalam pada itu, Siti turut memohon peminat untuk mendoakan kesembuhan ibu tercintanya itu. “Mak cuma sakit badan sikit dan batuk tak teruk. Alhamdulillah. “Ya Allah, jagakan Wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh, mak kuat,” katanya.
Pada malam Sabtu, Siti menjayakan persembahan amal khas yang dibawakan oleh Yayasan Nurjiwa di Plenary Hall, KLCC. Siti menyampaikan 17 buah lagu menerusi empat segmen termasuk lagu duet Baldu Biru dan Pantun Budi bersama penyanyi terkenal, Awie. Sumber, mstar
Memang tak asing lagi kita dengan dua penyanyi wanita popular ini. Selepas beberapa tahun tidak bertemu akibat pandemik, Kris Dayanti meleraikan kerinduan apabila akhirnya berpeluang bertemu dengan rakan baiknya, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kris menarik perhatian warganet selepas berkongsi video dan gambar mesra bersama rakan baiknya itu dalam Instagram miliknya. Difahamkan, Kris atau nama sebenarnya Kris Dayanti Trenggono hadir ke negara ini sempena membuat persembahan di Sunway-Malaysian AIDS Foundation Red Ribbon Gala.
Selepas menyelesaikan persembahannya, pelantun lagu Menghitung Hari itu sempat meluangkan masa dengan Siti di sebuah restoran. Video yang dimuat naik oleh Kris menunjukkan Siti sangat teruja berjumpa dengan rakannya setelah sekian lama tidak bertemu. “Divaku @ctdk,” tulis Kris menerusi ruangan kapsyen.
Dalam kesempatan itu, Siti juga membawa anak-anaknya Siti Aafiyah Khalid dan Muhammad Afwa bertemu empat mata dengan Kris. Menerusi perkongsian tersebut, Aafiyah sangat mesra bermain dengan Kris walaupun baru pertama kali berjumpa. Siti juga turut memuat naik gambar dalam Instagramnya dengan kapsyen berbunyi: “Cintaku @krisdayantilemos, hilang rindu.”
Terdahulu, Siti berkongsi rasa rindu apabila tidak dapat berjumpa rakan karibnya itu akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sehingga menyebabkan pintu sempadan negara ditutup. Sumber, KOSMO! ONLINE