Rezeki dapat sambut ulang tahun kelahiran dan perkahwinan depan Kaabah, ini pula luahan dari Syatilla Melvin

Pelakon Syatilla Melvin bersyukur kerana diberikan rezeki luar biasa apabila dapat menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh dengan aktor Shaheizy Sam di tanah suci Makkah. Syatilla berharap agar segala hajat dan doa dia bersama suami termakbul sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada 8 Februari. “Allahuakhbar… Alhamdulilah syukur untuk rezeki luar biasa ini ya Allah. Bersaksikan kaabah, berhadapan pintu kaabah dan multazam, engkau rezekikan kami untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ketujuh ya Allah. Moga terkabul segala hajat dan doa kami. Takkan lupa sampai mti. Happy anniversary sayang,” ucapnya.

Syatilla berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya. Menerusi hantaran berkenaan, dia memuat naik fotonya bersama Sam yang bergambar dengan berlatar belakangkan Kaabah di tanah suci Makkah. Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan selamat hari ulang tahun kepada mereka. Sementara itu, menerusi perkongsiannya di InstaStory pula Syatilla telah memuat naik semula hantaran daripada keluarga dan rakannya yang mengucapkan hari jadinya. Hari jadi Syatilla jatuh pada hari sama dengan tarikh hari ulang tahun perkahwinan mereka iaitu semalam.

Salah satu perkongsian di InstaStory adalah hantaran daripada kakaknya Syafiqa Melvin yang turut bersamanya di Makkah. Dalam hantaran berkenaan Syatilla bersama kek dan lilin ketika di dalam bilik salah sebuah hotel yang dipercayai di tanah suci. Sambutan itu diraikan dalam keadaan sederhana dan cukup bermakna buatnya yang kelihatan gembira. Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, dan Sarima Samheizy, 3, dan Salama Samheizy bakal menginjak usia setahun.

Exit mobile version