Berbaki kurang 2 minggu lagi, Puteri Sarah Liyana dan pihak suami, Syamsul Yusof bakal hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding berkenaan pengakhiran rumah tangga mereka. Jika pengarah filem berkenaan memberikan kerjasama yang baik dan setuju melafazkan talak pada 7 Mac nanti, maka perpisahan itu akan terjadi. Selain itu, sebelum ini Sarah juga berkata akan melakukan tindakan lebih tegas lantaran perilaku Ira Kazar yang jelas-jelas ingkar perintah injuksi untuk tidak mendekati dan menganggu Syamsul. Ini termasuklah permintaan agar mahkamah mengenakan hukuman ditahanserta denda kepada wanita berkenaan.
Boleh pula dia lantik peguam untuk backup isteri kedua daripada masuk pnjra. Menghampiri prosiding melafaz talak nanti, bagaimanapun sebentar tadi Sarah pula sempat berkongsikan paparan screenshot terbaru daripada seorang kenalannya. Individu itu meluahkan kesal kerana Syamsul dikatakan sudah melantik seorang peguam lain untuk mewakili Ira Kazar bagi perbicaraan berkenaan hukuman pnjra. Bring it on… Lwn tetap lwn…Narsistik is real. Akan tetapi, ibu kepada 2 anak itu dlihat langsung tidak gentar malahan tetap bersemangat meneruskan perjuangannya.
Sempat berseloroh “lebih ramai, lagi meriah”, Sarah percaya Allah akan sentiasa bersamanya dalam menempuh fasa hebat ini. Namun begitu, dia menganggap ia mungkin salah satu doa Sarah diperkenankan Allah SWT sekali gus memberi petunjuk yang sebenar. “Tapi alhamdulillah. Mungkin salah satu doa Sarah untuk diberikan petunjuk yang sebenar-benarnya itu terjawab. Sekarang kami tahu dah dimana pendirian kamu (Syamsul). “Betullah bila mak sendiri cakap kiblat pun dah bertukar ke arah sana,” ujarnya. Terdahulu, konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul kembali menjadi perbualan ramai selepas pengarah itu mengaku telah bernikah dua dengan Ira di Thailand.
Disebabkan pengakuan terbabit, ibu dua cahaya mata itu nekad memfailkan permohonan untuk berpisah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu. Pelakon Puteri Sarah mengakui pernah berdepan dengan individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara. Jelas Puteri Sarah atau pemilik nama penuh, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin baru didedahkan dengan informasi individu yang mempunyai personaliti atau karakter gangguan personaliti narsistik (NPD).
Nampak seperti perkara remeh dan tuan punya badan tidak hirau dengan keadaan dirinya, sebaliknya individu berada di sekelilingnya akan rasa rungsing dan mungkin menyebabkan hubungan renggang. “Sebenarnya mereka yang mempunyai penyakit NPD sudah lama cuma mungkin kita tidak menyedarinya kerana kurang pendedahan mengenai isu mental ini. “Mereka yang mempunyai masalah NPD ini akan merasakan diri mereka saja yang betul dan memanipulasi fakta. Bagaimana kita hendak membela diri dengan mereka yang bersifat NPD ini, kita tidak akan menang.
“Bukan itu saja, mereka akan memutar belitkan keadaan sehingga membuatkan kesalahan mereka menjadi kesalahan kita pula. “Akhirnya kita sendiri mempersoalkan sama ada kita yang bersalah kerana bersikap dan memberikan reaksi sedemikian,” kata Puteri Sarah. Bagi pemilik personaliti itu ia boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental yang serius sekiranya terus terbawa-bawa dan tidak ditangani sebaiknya. Tambah Puteri Sarah, mereka suka menyalahkan orang lain, sukar menerima pandangan orang kerana berpandangan bahawa idea yang diutarakan adalah sempurna, namun ia hanya berdasarkan idealistik bukannya realistik.
“Apabila personaliti ini tidak dikawal dan hingga memudaratkan rakan sekeliling, organisasi di tempat kerja, ia boleh berubah menjadi serius hingga membahayakan diri dan orang lain. “Bagi orang dengan personaliti narsistik ini, mereka menganggap dirinya sahaja yang betul dan orang lain semua salah. “Tingkah laku ditonjolkan sentiasa mudah untuk menyalahkan orang lain sebab dia ada spesifikasinya yang tersendiri,” katanya. Sumber, kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.