Pelakon, Datin Almy Nadia tidak pernah ambil peduli dengan kata-kata negatif mengenai bentuk tubuhnya yang sering dibangkitkan warganet. Isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz itu turut bersyukur dikurniakan suami yang kelakar dan sering membahagiakannya serta anak-anak. Ketika tahun pertama selepas melahirkan anak sulung, saya sedih apabila orang mempersoalkan mengenai tubuh saya. Namun, saya gembira kerana dikurniakan suami yang gembira dan kelakar serta membahagiakan kami sekeluarga. Saya menjadi diri sendiri dan berpijak di bumi yang nyata. Saya tak kisah orang nak cakap saya apa pun. Jumpa di akhirat saja nanti,” katanya.
Sejak kebelakangan ini, Almy sering menjadi bahan ejekan dan kritikan warganet gara-gara berat badannya naik mendadak dan ada yang memintanya menguruskan badan. Sumber Oh media. Bagaimanapun, Fizz tetap setia dan menerima seadanya keadaan fizikal Almy ketika ini. Malah, mereka dilihat semakin bahagia. Kalau diikutkan dengan status, mungkin saya terlalu ‘simple’ tetapi saya mempunyai misi dan visi saya sendiri. Saya juga mempunyai kerjaya saya sendiri yang bermula seawal 4.30 pagi hingga 9 atau 10 malam. Kadang-kadang terlajak hingga 12 malam.
Saya tidak boleh ubah diri untuk menjadi diri orang lain. Suami saya sering berpesan, ukur baju pada badan sendiri, jangan ukur baju pada badan orang lain dan pakai pada diri sendiri pula,” katanya. Almy dan Fizz berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat anak perempuan iaitu Afrina Arianna, 6; Afrina Aurora, 5; Afrina Ayra, 4; dan Nur Afrina Aisyah, 2. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.