Pelawak Mamat Sepah atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berharap agar dua orang sahabatnya, Shuib dan Jep tidak berpecah dan dapat menyelesaikan konflik yang ada dengan cara yang baik. Menurut laporan, Mamat turut meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perselisihan faham antara dua selebriti tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. “Saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada di pentas mereka kan, tapi mereka sahabat baik saya dan ini satu dugaan untuk mereka sebab selama ni nak sangat jadi popular.
“Saya kenal mereka sebab Shuib dan Jep memang rapat dan tidak mungkin akan bergdh macam ni sekali, kalau ada tu pun perkara biasa saja, harap jangan la berpecah sebab sakit sebenarnya kalau berpecah macam saya dulu pernah lalui itu, Kepada orang di luar atau warganet yang tak tahu cerita jangan tokok tambah atau membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebab saya tahu mereka bagaimana,” katanya. Susulan itu, dalam sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, ramai yang memuji jawapan matang yang diberikan oleh Mamat mengenai konflik tersebut meskipun dia sudah tidak berada dalam satu kumpulan yang sama.
Terdahulu, Jep Sepahtu mengeluarkan kenyataan dengan memberi penjelasan mengenai situasi sebenar yang membabitkan status Shuib Sepahtu dalam program realiti Sepahtu Reunion Live (SRL). Menurut Jep, sahabatnya itu telah digantung selama dua minggu oleh pihak Astro kerana membuat aksi yang didakwa tak senonoh ketika dalam program tersebut. Disebabkan itu, Astro meminta agar Shuib membuat permohonan maaf berhubung babak berkenaan namun, difahamkan pelawak tersebut seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakannya.
Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.