Hari ini, masuk hari ke empat sesi persekolahan bagi tahun 2023 berlangsung. Dalam minggu ini, ibu bapa dan guru masih lagi sibuk menguruskan yuran pendaftaran serta buku anak-anak. Murid-murid pun masih lagi dalam sesi menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana persekolahan. Masih ada lagi yang meragam dan seronok bertemu rakan-rakan baru. Namun di sebalik hilai tawa dan senyuman manis terukir di wajah anak-anak itu, ada pengorbanan yang cukup besar dilakukan oleh ibu bapa demi melihat masa depan anak mereka cerah. Mereka terpaksa berhempas pulas mencari wang untuk membayar yuran persekolahan, sekolah agama serta keperluan-keperluan lain.
Begitulah usaha yang dilakukan seorang lelaki bernama Basri bagi memenuhi keperluan anaknya untuk bersekolah di sebuah sekolah agama. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Jafni Elias, Basri yang mencari rezeki sebagai pengutip sampah berkongsi kisahnya. Menurut Basri, pekerjaan dengan gaji pokok RM1500 itu dilakukan sejak dua tahun lalu demi mencari sumber pendapatan halal untuk keluarga. Fasal anak nak sekolah, saya tak memilih kerja janji halal. Yuran saja RM500, (kalau) tak kerja, kasihanlah dekat anak-anak,” ujarnya. Di sebalik senyuman yang tidak putus-putus ketika menjawab pelbagai soalan, Basri kelihatan sebak ketika bercerita tentang yuran pengajian anaknya.
Baginya, dia memilih untuk menghantar anak ke sekolah dengan yuran yang agak tinggi atas alasan supaya anaknya itu mendapat pendidikan lebih baik dan berjaya suatu hari nanti. Saya tak pandai, nak bagi anak saya pandai sikit,” katanya.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Basri, dia terpaksa berulang-alik dari rumahnya yang terletak di Bukit Sebelah ke pekan Baling, Kedah untuk bekerja. Tambahnya, setiap hari dia akan menaiki motosikal dengan jarak anggaran sejauh 20 kilometer ke tempat kerjanya. Ujar Basri, isterinya tidak bekerja tetapi mengambil tanggungjawab urusan mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah. Di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersedih mendengar luahan Basri. Untuk rekod, hantaran tersebut meraih hampir dua juta jumlah tontonan di TikTok.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.