Pelakon Farid Kamil Zahari kekal tegas dengan keputusannya untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu bersama isteri, Diana Danielle. Farid berkata, dia merasakan masih ada harapan untuk menyelamatkan rumah tangganya dan berharap semuanya akan kembali tenang. Saya takkan pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada bulan Ramadan ini, banyak limitasi di samping saya sibuk dengan kerjaya sekarang. Harapan saya letak kepada Allah, supaya suatu hari nanti kami akan kembali bersama seperti biasa. Sudah 11 tahun kita sudah mengharungi pelbagai rintangan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT,” katanya.
Farid berkata demikian usai sebutan kes hadanah yang difailkan isterinya pada 23 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Terdahulu, pihak Mahkamah Tinggi Syariah, di sini menetapkan 30 Mei depan bagi sebutan semula ‘inter-parte’ (kedua-dua pihak) bagi pelakon Diana Danielle, 32, dan suaminya, Farid Kamil, 32, berhubung hadanah interim (sementara) bagi dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Pada 24 Mac lalu, Diana memperoleh hak penjagaan sementara dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.