Meskipun sering dianggap lebih cenderung untuk memilih teman lelaki dari kalangan jejaka Inggeris, selebriti media sosial Kasih Iris Leona tidak minat dengan lelaki mat saleh. Memetik Kosmo, Leona berkata dia lebih tertarik untuk mencari lelaki dalam kalangan lelaki Asia terutamanya, Melayu. “Orang mungkin anggap saya lebih tertarik dengan lelaki berkulit putih (mat saleh). Tetapi saya tidak minat langsung. Saya hanya akan bercinta dengan lelaki Asia terutamanya dari Malaysia termasuk jejaka Melayu,” katanya. Menurut anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu, dia hanya boleh berkawan dengan lelaki mat saleh namun tidak untuk bercinta atau menjalin hubungan istimewa.
“Ada banyak sebab. Antaranya lelaki Asia lebih berbudi bahawa, bersopan santun dan baik. Untuk mencari teman lelaki, saya tidak memandang rupa mereka. Asalkan mereka baik dan tahu melayan saya sepatutnya, itu sudah memadai,” katanya. Ditanya sama ada sudah bertemu pengganti selepas 8 bulan putus cinta, Leona kata dia masih single kerana tidak dibenarkan bercinta buat masa ini. “Saya belum ada pengganti lagi sebab ibu saya tidak bagi saya jalinkan hubungan cinta buat masa sekarang. Tapi kalau siapa-siapa berminat, apa salahnya,” katanya.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.