Pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail kembali hangat diperkatakan selepas didakwa bersikap sombong atau kekwat ketika disapa peminat pada Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023) baru-baru ini. Menerusi video tular di TikTok, rata-rata peminat menganggap tindakan yang diberikan oleh pasangan pelakon itu adalah tidak wajar. Anak Agong pun friendly. Sebab tu aku tak pernah feeling dan excited tiap kali nampak artis. Obviously nampak kekwat dedua,” komen warganet.
Tidak berdiam diri dengan tanggapan negatif yang diberikan peminat, Ungku tampil bersuara menjelaskan mengenai perkara sebenar menerusi hantaran di Instagram Story. Alhamdulillah banyak pahala kami dapat dari cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan amalan dari malam semalam. Hanya kerana satu video ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala beramai-ramai. Subhanallah! Yang post, yang beritakan, yang sebar, yang mengata. Mahsyar itu benar. Kita sabar nantikan. Patience baby, ujian Ramadan @nad.zainal,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang berlainan pula, Ungku sempat berkongsi tangkap layar mesej (DM) yang dihantar peminat kepadanya. Ia sekaligus menjelaskan bahawa tindakan yang diberikan mereka ketika itu adalah disebabkan sedang menjalani penggambaran dan fokus mendengar arahan daripada jurukamera. Kami tengah shooting, tengah fokus nak tengok dan dengar apa cameraman depan kita suruh buat,” ujarnya ringkas. Dalam pada itu, Nad Zainal juga ada memberikan respons mengenai perkara ini dengan mengatakan dia sudah lali dengan kontroversi yang mengatakan dirinya dan suami sombong.
Hal sombong-sombong ni saya dah tak nak fikir. Untuk diri saya sendiri, saya rasa mungkin ada orang yang tak menerima layanan sama rata macam orang lain. Kadang-kadang, mungkin silap saya la juga kot. Muka saya ketat ke apa jadi orang salah faham. Mungkin juga dalam sedar tak sedar saya tidak memberi layanan sama rata kepada semua orang. Yang saya tahu saya jumpa orang selfie, saya happy je. Saya dah penat,” jelasnya.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.