Pelakon, Zulkifli Ismail, 60, bersyukur tidak pernah berhadapan situasi mendapat bayaran rendah sebanyak RM200 atau RM300 untuk setiap projek lakonannya kerana kebanyakan syarikat produksi memang sudah tahu harga ditetapkan.
Zulkifli yang cukup dikenali dengan watak ASP Razlan dalam siri Gerak Khas berkata, selama empat dekad aktif berlakon, dia cuma pernah melalui pengalaman tidak mendapat bayaran pada awal pembabitan ketika muda dulu.
Buat masa ini saya memang tiada masalah dari segi bayaran. Saya okay saja dengan jumlah bayaran diterima dan bersyukur. Namun, pada pandangan saya, masalah (bayaran) ini mungkin berlaku kepada pelakon lama kerana kebanyakan pengurus produksi sekarang ramai yang muda.
Kebanyakan mereka memang tidak kenal dengan pelakon-pelakon lama. Macam saya pun, pernah ada yang tanya siapa Zulkifli Ismail? Tapi, bila mereka tengok gambar, baru kenal dan tahu, oh abang yang berlakon drama ini,” katanya kepada Harian Metro. Zulkifli berkata, itu adalah pandangan peribadinya berikutan kebanyakan pengurus produksi dan penerbit sekarang adalah orang muda.
Malah, dia bernasib baik sering mendapat tawaran berlakon daripada produksi dan pengarah yang sama. Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan Berita Harian sebelum memutuskan menjadi pelakon sepenuh masa, Zulkifli berkata, dia juga memilih untuk memastikan dirinya tidak terpalit gosip dan kontroversi.
Saya hanya nak aktif berlakon kerana minat pada karier ini. Jadi, saya juga ada pilihan untuk membawa diri sebagai pelakon yang mungkin orang kenal daripada drama serta filem dilakonkan dan bukannya gosip atau kontroversi. Kalau dulu saya fikir nak dikenali dengan gosip atau cerita sensasi boleh saya dibuat, sebab saya pernah kerja dalam media dan tahu taktiknya bagaimana. Tapi, tak perlulah nak buat semua itu kerana kita ada nama baik keluarga yang perlu dijaga,” katanya.
Bertemu jodoh wanita pilihan juga bertugas sebagai guru, Zulkifli berkata, dia gembira dapat membesarkan dua anaknya hingga ke universiti dengan pendapatan sebagai pelakon. Katanya, dia seorang yang selalu beringat dan mengutamakan keperluan serta pendidikan anak-anak.
Sebenarnya saya pernah juga cuba berniaga kecil-kecilan sebelum ini, tapi tidak menjadi. Tengok orang lain buat (berniaga) boleh, tapi bila saya buat mesti tak jadi. Oleh itu, saya hanya berlakon sepenuh masa saja selama in. Anak perempuan sulung Zulkifli kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), manakala anak bongsunya baru tamat pengajian di universiti.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.