Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa selamat mengerjakan ibadah Umrah buat pertama kali bersama suami tercinta, Aliff Awang. Bagaimanapun, menerusi sepotong video yang dimuat naik oleh adik kepada Fatin di Instagram, hanya dilihat aktres itu bersama suami sahaja, manakala dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia tidak kelihatan. Susulan itu, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, tampil menjawab pertanyaan warganet yang mempersoalkan mengapa dia tidak membawa dua orang anaknya itu ke tanah suci Makkah.
Menerusi sesi siaran langsung di laman TikTok baru-baru ini, pelakon filem Tentang Bulan itu berkata waktu itu tidak sesuai untuk membawa anak-anaknya memandangkan terlalu ramai jemaah pada malam 10 terakhir Ramadan. “10 Ramadan terakhir adalah waktu yang paling tak bagus bawa budak-budak sebab saya tinggi yang 157cm pun kena penyek, dan saya memang tak boleh nak bernafas ketika tengah tawaf. Dan bayangkan kalau anak-anak pula. Saya ini pun tak boleh nak bernafas sebab orang tinggi-tinggi tutup saya. Anda boleh bayangkan tak budak-budak tercungap-cungap mencari udara sebab tak ada ruang bernafas.
“Jadi, saya rasa ia satu keputusan yang bernas tak bawa mereka pada 10 Ramadan terakhir.” Menurut Fatin lagi, dia tidak mahu ibadahnya terganggu sekiranya berlaku kejadian yang tidak sepatutnya melibatkan anak-anaknya di sana. “Saya mungkin akan bawa mereka bukan waktu Ramadan. Kalau bawa, saya tak fokus ibadah, saya akan fokus tengok anak, takut hilang sebab ramai sangat. Tahun ini, 10 malam terakhir Ramadan ada 7.4 juta orang ada di Masjidi Haram, anda bayangkan kalau hilang anak saya dekat situ. Saya sendiri banyak kali terlepas tangan suami dekat dalam itu dan hilang.
“Bayangkan kalau anak, menangis air mata drh, solat pun tidak, mencari anak saja. Mula saya sedih, kenapalah tinggalkan anak-anak.” Dalam masa sama, Fatin turut berkongsi pengalaman dia berdepan detik cemas apabila tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan dihimpit dengan jemaah yang berbadan lebih besar daripadanya. “Dekat sana langsung tak tenang, bukan tak tenang tapi sebab terlalu ramai orang, saya tak boleh bernafas masa tawaf tu, saya menangis tak boleh bernafas sebab kena himpit dengan orang tinggi-tinggi.” Terdahulu, Fatin menunaikan umrah bersama suami tercinta iaitu usahawan Aliff Awang buat kali pertama kali pada 10 malam terakhir Ramadan pada April lalu.
Untuk rekod, Fatin selamat bernikah dengan Aliff Awang pada 30 Disember tahun lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya. Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka mempunyai anak perempuan bernama Ivy Herra Sophia manakala Fatin juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian, 10. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.