Siapa sahaja yang tidak mengenali artis lelaki kacak ini, Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir bin Sabaruddin.
Namanya mula menjadi sebutan ramai setelah tampil dalam drama ‘Sweet Dream‘ yang digandingkan bersama pelakon cantik, Mira Filzah. Tambahan pula, imejnya yang terdahulu berambut panjang membuatkan ramai gadis menjadi tak keruan. Ramai peminatnya yang patah hati selepas Ben mengambil keputusan untuk memotong rambutnya itu, namun mereka tetap menyokongnya dalam drama-drama serta filem yang dilakonkannya.
Terdahulu, Ben memuat naik gambar mengenai sijil kursus kahwin yang diperolehinya. Katanya, dia menyertai kursus kahwin tersebut dahulu secara online semasa “Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” oleh kerana tidak tahu ingin buat apa. Namun dia tidak terlintas untuk mendirikan rumahtangga kerana sedang sibuk untuk menghasilkan karya yang lrbih bsnysk dalam industri seni tanah air.
Ditanya mengenai soal ciri-ciri pasangan idaman, Ben memberitahu suka dengan perempuan yang comel, pandai masak serta suka pergi gym. Tambahnya lagi, banyak lagi impian serta watak lakonan yang ingin dilakukan olehnya. Buat masa sekarang Ben hanya fokus kerja dan tidak fikir lagi soal perkahwinan.
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut