Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Safawi Rasid buat pengakuan kini isteri sedang hamil 6 bulan

PEMAIN┬ábola sepak Safawi Rasid mendedahkan isterinya, pelakon dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin kini sedang hamil enam bulan. Menerusi video tular di platform TikTok, Safawi atau Muhammad Safawi Rasid, 26, berkata, jaringan gol yang dilakukan pada perlawanan pada malam Khamis adalah khas buat isterinya yang sedang hamil. “Ya dia mengandung. Gol tadi saya hadiahkan kepada isteri saya. Doakan kami semoga selamat semua,” katanya. Dalam video tersebut, Safawi yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat cerita berkongsi berita tersebut kepada peminatnya.

Aksi Safawi menyumbat bola di dalam baju semasa aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Terengganu dikatakan simbolik Syifa kini berbadan dua. Untuk rekod, Safawi dan Syifa mendirikan rumah tangga pada 28 November lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat. Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 29, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Khairil Nizam yang berwakil walikan bapanya iaitu Amirul Melvin Abdullah. Pada majlis berkenaan, Safawi menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin kepada Syifa.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika
n seperti berikut.