Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu dan memberi kata-kata semangat kepada peserta program realiti America’s Got Talent 2023 dari Indonesia, Putri Ariani, 17, yang berhasrat ingin berduet dengannya.
Siti, 44, menerusi Instagram Story baru-baru ini, turut menitipkan pesan kepada Putri Ariani agar terus berusaha untuk membanggakan ibu bapanya serta negara termasuk berpegang teguh pada agama dan jati diri.
Masya Allah adik Putri Ariani, teruslah berjaya dan terbang tinggi, banggakan ibu bapa mu dan negara mu, serta terus menjaga agama dan jati dirimu. Coretan ingatan ikhlas daripada Siti itu mendapat maklum balas daripada Putri Ariani yang berterima kasih dan menyatakan impiannya untuk bertemu sekali gus dapat berduet dengan penghibur nombor satu tanah air itu.
Terima kasih banyak. Putri suka sangat lagu-lagu Siti, semoga boleh berjumpa, nak sangat berduet,” balasnya yang mendapat respon seterusnya daripada Siti. Terdahulu, nama Putri Ariani menjadi tular dan menarik perhatian netizen di media sosial selepas mendapatkan ‘Golden Buzzer’ daripada juri America’s Got Talent 2023, Simon Cowell pada sesi uji bakat disertainya.
Menariknya mengenai gadis istimewa ini, dia disifatkan Cowell sebagai antara peserta terbaik pernah terbabit dalam America’s Got Talent yang layak mendapatkan ‘Golden Buzzer’ itu kerana bakat dimiliki. Mengenali Cowell yang tidak mudah menekan butang ‘Golden Buzzer’ untuk diberikan kepada peserta, Putri Ariani berjaya mencetuskan kejutan ramai.
Apatah lagi, Putri Ariani yang cacat penglihatan tampil berani mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri dalam uji bakat itu, sebelum menyahut cabaran Cowell menghiburkan tetamu dengan lagu Sorry Seems to Be the Hardest Word nyanyian asal, Sir Elton John.
Tidak hanya Siti, gadis ini juga sangat kagum dan meminati penyanyi terkenal kelahiran negaranya iaitu Datuk Seri Rossa yang disifatkan memiliki vokal lunak dan mantap. Sehubungan itu, video persembahan uji bakat Putri Ariani yang ‘trending’ nombor tiga di YouTube hingga kini sudah mencatat 26 juta tontonan dalam tempoh enam hari dimuat naik sejak 7 Jun lalu.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.