Peminat Kesal Lihat Pakaian Dolla Selepas Dikenali Ramai

Siapa yang tidak mengenali dengan ahli kumpulan wanita Malaysia yang sedang meningkat naik iaitu Dolla. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2019 serta terdiri daripada empat orang ahli kumpulan iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Dolla telah mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia serta mereka mula dikenali ramai apabila single pertama “Dolla Make You Wanna” mendapat perhatian yang meluas dari rakyat Malaysia.

Dolla semakin dikenali ramai dan peminatnya kini kian bertambah, bukan sahaja hanya di Malaysia malah di Indonesia, Singapura, Brunei, bahkan di United Kingdom. Terdahulu, tular satu video di laman media sosial instagram milik @nigelnks yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 233 ribu tanda suka sebanyak 5 ribu dan komen hampir 2 ratus.

DI dalam video berkenaan, memaparkan dibalik tabir pembikinan muzik video Dolla untuk lagu terbaru mereka yang bertajuk Damelo. Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah pakaian yang dipakai oleh kumpulan Dolla yang semakin seksi. Mereka mengatakan bahawa kalau penyanyi luar ingin membuat persembahan di Malaysia perlu memakai pakaian yang menutup kulit akan tetapi penyanyi negara sendiri terbuka.

Info tambahan, Lagu Damelo dari kumpulan Dolla telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta selepas 12 hari ditayangkan di laman Youtube milik mereka. Semoga Dolla akan mengeluarkan lebih banyak karya pada masa hadapan untuk menghiasi industri muzik Malaysia.Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version