Seorang lelaki di China terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Zhejiang kerana dia tidak dapat mengeluarkan mentol lampu LED yang dimasukkan ke dalam mulutnya, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Pada mulanya, lelaki yang hanya dikenali sebagai Chen itu yang menutup mulutnya dengan baju T pergi ke sebuah balai bomba dan cuba meminta pertolongan untuk mengeluarkan mentol tersebut.
Selepas memeriksa keadaan mentol itu, bomba membuat keputusan untuk menghantarnya ke hospital kerana bimbang akan risiko ia pecah di dalam mulut.
Sepasukan doktor kemudian berjaya mengeluarkan mentol itu dengan menggunakan peralatan khas bagi membuka rahang.Selepas kembali kepada keadaan asal, Chen memberitahu doktor bahawa mentol lampu itu tersekat di dalam mulutnya kira-kira dua jam.
Ketika ditanya alasan dia memasukkan mentol di dalam mulut, Chen menjawab, dia melakukannya selepas menyaksikan aksi tersebut dilakukan menerusi video online. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut