Muat naik video pasal anak tapi ada yang sindir pasal tudung, tak boleh berdiam sekali Elyana sound balik individu tu

Baru-baru ini perkongsian penyanyi Elyana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik mengenai cahaya mata keduanya, Cahaya Ramadhani. Menerusi perkongsian di Instagram itu, Elyana menyatakan ramai yang mempersoalkan siapa ibu sebenar kepada anak angkatnya itu.  Elyana berkata Cahaya Ramadhani adalah anak kesayangannya meskipun bukan dari rahimnya yang dijaga olehnya sejak dari usia 6 hari. “Anak perempuan ku Cahaya Ramadhani. Ramai yang tanya Caca anak siapa? Cahaya Ramadhani adalah anak kesayangan saya. Walaupun bukan dari rahim saya. Saya sedaya upaya menyayangi serta menjaga dia dengan kemampuan saya dari usia caca 6 hari.

“Jadi, kepada pihak-pihak yang selama ini jahat kepada anak ini….susah sekali saya memaafkan anda.Terlalu hancur hati saya dengan perbuatan anda,” tulisnya. Namun, diruangan komen apa yang menjadi perhatian ramai apabila ada warganet memerli penyanyi itu berikutan dalam video dikongsikan Elyana memaparkan anak keduanya itu dipakaikan tudung, namun dia pula membuka hijab. Tidak hanya berdiam diri, Elyana memberikan komen balas kepada individu tersebut supaya jangan menjatuhkan maruah diri serta keluarga dengan meninggalkan komen negatif seperti itu.

Terdahulu, Elyana membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab tahun lalu. Elyana berkata dia sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan tersebut serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya. Sumber: Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version