Seorang pekerja ladang kelapa sawit di Kalimantan terselamat selepas diserang dan ‘dibaham’ buaya selama lebih sejam, lapor akhbar Metro UK semalam.
Ketika kejadian, Falmira De Jesus, 38, sedang mengambil air dari sebatang sungai Khamis lalu, tanpa menyedari terdapat seekor buaya yang sedang bersembunyi di bawah rumpai. Semasa dia menghampiri gigi air, reptilia itu melompat dan menyeretnya ke dalam air.
Falmira menjerit meminta tolong sebelum rakan sekerjanya bergegas membantunya dan cuba menggunakan galah untuk menusuk buaya itu. Sebahagian tubuh Falmira berada di dalam mulut buaya itu selama kira-kira satu setengah jam sambil haiwan tersebut mengacahnya.
Dia kemudian perlahan-lahan dilihat tenggelam ketika buaya tersebut bergerak ke dalam sungai.
Bantuan akhirnya tiba dan beberapa orang dapat menarik Falmira keluar dari kawasan dipenuhi dengan rumpai itu sebelum dia dikejarkan ke hospital dengan mengalami kecederaan parah pada anggota badan. Saya berasa amat sakit kerana buaya itu ‘menahan’ saya di dalam mulutnya. Saya tidak dapat membebaskan diri. Saya kemudian mula berasa seperti semakin lemah. Saya hanya fikir saya akan mati kerana berada di bawah air.
Saya sangat berterima kasih kepada semua yang membantu. Mereka menyelamatkan nyawa saya,” katanya. Falmira kini masih dalam proses pemulihan di hospital kerana mengalami luka dalam pada lengan kanan, paha dan kaki. – Agensi
Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut