Sebelum ini satu program rancangan Wanita Hari Ini ada memuat naik di laman Yuotube mereka mengenai jemputan artis ke program tersebut. Pada kali ini, artis jemputannya adalah dari kumpulan Dolla yang turut mempromosikan lagu terbaru mereka yang bertajuk Damelo.
Kumpulan ini yang terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya dan terkenal menerusi elemen vokal dan tarian dalam setiap persembahan yang mereka sampaikan. Dalam video yang dimuat naik dalam TV3 Malaysia Official, kelihatan kumpulan ini sempat menyanyikan separuh sahaja daripada keseluruhan lagu tersebut dan tarian mereka juga diberhentikan separuh jalan.
Kelihatan pengacara program meneruskan tugasnya dengan bertanyakan beberapa soalan kepada ahli kumpulan ini. Semasa sesi temu bual, netizen mula kelihatan tiga daripada ahli kumpulan kelihatan ceria manakala Syasya kelihatan agak ‘bad mood’ semasa slot tersebut. Diruangan komen, pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh netizen mengenai video tersebut.
Bukan itu sahaja, ada juga yang meminta program tersebut untuk memanggil kembali kumpulan Dolla melakukan persembahan secara penuh. Bukan itu saja, mereka meminta supaya pengacara tidak kurang ajar dengan mencelah kumpulan tersebut semasa mereka sedang menerangkan sesuatu.
Untuk pengetahuan Dolla baru saja menghadiahkan peminat dengan single berjudul Damelo yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Sepanyol dan kemudian, diolah dalam bahasa Malaysia bagi memenuhi permintaan peminat di Amerika Syarikat, Brazil dan Argentina. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.