SIAPA sangka peristiwa anak tertumpah pengilat kuku di sebuah butik berjenama pada April lalu membawa tuah buat penyanyi Tomok. Susulan kejadian itu Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 39, mendapat tajaan pakaian daripada jenama Levi’s sempena konsert New Boyz Live In Singapura pada 9 September ini. “Memang tak sangka dapat panggillan daripada sebuah jenama antarabangsa. Bukan senang nak dapat tajaan begini. “Mereka hubungi saya kira-kira dua minggu lalu dan saya sendiri kumpulkan anggota kumpulan untuk ambil barang tajaan,” katanya dihubungi pada Isnin.
Tomok terdahulu berkongsi video dia bersama rakan-rakan New Boyz mengunjungi butik jenama berkenaan di pusat membeli belah The Gardens, Kuala Lumpur pada Ahad. Jenama tersebut bersetuju memberi dua set persalinan setiap seorang termasuk baju, seluar dan jaket. Bersyukur dengan tajaan berkenaan, Tomok tidak melepaskan peluang memilih koleksi khas jenama itu. “Saya pilih koleksi jeans dari Jepun. Memang rare dan susah nak dapat. Terima kasih kerana sudi taja kami. “Mereka tidak meletakkan sebarang had harga ketika kami datang memilih. Mereka bagi kebebasan memilih,” ujar.
Pada April lalu, Tomok terpaksa membayar sebanyak RM5,593 selepas anak perempuannya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik berkenaan. Tomok bagaimanapun menjual semula pakaian yang dibeli itu dan habis dijual dalam masa 24 jam menerusi sesi live di laman Instagram. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.