Nadia Brian, menyifatkan penampilannya dengan gaya persis Barbie

Wanita dan penampilan bergaya, sesuatu yang lazim. Apatah lagi, bagi golongan selebriti yang sangat mementingkan gaya penampilan diri pada acara hiburan dihadiri kerana ada ‘content’ atau kandungan media sosial perlu dihasilkan.

Bagi pelakon Nadia Brian, 32, menyifatkan penampilannya dengan gaya persis Barbie pada tayangan gala filem itu baru-baru ini sekadar suka-suka untuk mengimbau semula memori zaman kanak-kanaknya.

Nadia yang tampil menggayakan busana ‘dress’ bertulisan Barbie gabungan warna putih dan merah jambu, tanpa lengan, paras lutut serta terbelah hingga ke paha cukup menarik perhatian ramai hingga digelar ‘Barbie Malaysia’. Bersuanya ketika majlis pelancaran Anugerah Telenovela Ke-9 di ibu kota, Nadia berkata gelaran ‘Barbie Malaysia’ oleh netizen kepadanya terjadi selepas video ‘content’ dibuat tular di media sosial.

Saya berasa cerita Barbie ini tidak asing dan semestinya semua orang tahu. Barbie cukup dekat dengan kita sejak kanak-kanak apabila menonton siri kartunnya di televisyen. Ia sudah tentu antara siri TV yang popular.

Jadi, tak kisahlah kalau ada segelintir wanita rasa nak nafikan yang mereka tak pernah tengok siri Barbie dulu. Tapi, yang pasti macam mana pun alasannya awak akan tertarik juga kerana Barbie pernah jadi satu fenomena,” katanya. Menurut Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, dia bersama pasukan pengurusan penampilannya sepakat untuk menatarias gaya sederhana persis Barbie pada malam itu bersesuaian video ‘content’ dihasilkan.

Kami sepakat untuk saya tampil dengan gaya Barbie kerana mahu kembalikan semula memori ketika kanak-kanak saya yang sangat meminati pasangan Barbie dan Ken. Jadi, saya muncul sebagai Barbie itu untuk suka-suka. Malah, penampilan pakaian saya tidaklah begitu keterlaluan pun. Ditambah, solekannya juga ringkas dan tidak tebal kerana kami nak buat ‘content’ sesuai yang mengaitkan Barbie dan memori ketika kanak-kanak saya. Ia amat menyeronokkan,” katanya.

Mengakui tidak menduga videonya tular, Nadia berkata, dia pun tidak pernah menyangka ada netizen yang akan menggelarkannya ‘Barbie Malaysia’. Katanya, terima kasih atas sokongan positif diberikan. Saya memang tak sangka pun dapat gelaran ‘Barbie Malaysia’ dan video itu tular. Sebabnya, apa yang saya dan pasukan saya buat itu sudah dirancang.

Kami semua di dalam satu pasukan termasuk jurusolek saya sendiri adalah peminat Barbie. Begitu juga dengan penata rambut saya pula sukakan Ken. Jadi, kami semua hanya rasa seronok nak buat. Ditambah, macam yang saya katakan bahawa Barbie itu ceritanya memang sesuatu yang dengan dengan kita sebagai wanita. Kisah Barbie dan Ken itu membuat saya sangat selesa, terutama terpukau dengan ‘wardrobe’ dan mekapnya,” katanya.

Mengulas juga pemilihan fesyennya yang selalu kelihatan ranggi, Nadia berkata, gaya penampilan dirinya bukan bertujuan cuba menarik perhatian ramai. Katanya, dia tidak terfikir dan berhasrat untuk mencari publisiti atau sebagainya.

Pengaruh media sosial pada masa kini tak dinafikan ada kebaikan dan keburukannya. Apa yang baik, jika ia digunakan secara betul dan keburukan pula bila mana dijadikan gangguan kepada orang lain. Nadia berkata, dia sudah lama mendapat gangguan di media sosial daripada pihak tidak dikenali. Katanya, mereka yang mengganggu itu suka menggunakan akaun palsu.

Saya tak nafikan memang sering terima gangguan di media sosial. Tapi, kebanyakan ‘pengganggu’ itu menggunakan akaun palsu. Jadi, apa yang saya buat adalah tidak melayan dan terus blok saja akaun itu. Memang boleh nak saman atau ambil tindakan undang-undang macam saya tengok ada selebriti yang buat laporan polis. Saya sangat menyokong tindakan itu sebab mungkin ia sudah keterlaluan,” katanya.

Ditanya juga rasa takut kerana berhadapan situasi gangguan di media sosial, Nadia berkata, perasaan takut dan bimbang itu memang ada, tapi apa-apa pun dia berserah kepada Allah. Selain berlakon, saya juga aktif mengikuti karnival jualan produk membabitkan selebriti sehingga ke Singapura. Rasa takut itu ada juga dirasai, tapi apa-apa pun saya hanya berserah kepada Allah.

Langkah berjaga-jaga tetap ada. Terutama, ketika nak bergambar ke atau di tempat itu terlalu ramai orang, memang kita kena peka dan berhati-hati sentiasa. Benda macam ini nak dielakkan pun, sesuatu yang tidak pasti. Jadi, kita hanya mampu banyak berdoa dan mohon perlindungan kepada Allah setiap masa dan di mana saja berada,” katanya.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.