Dedah nama anak kedua, Nadzmi Adhwa kongsikan pengalaman dapat sambut sendiri ank kedua

KEBERANIAN pelakon Nadzmi Adhwa masuk ke dewan bersalin bagi membantu proses kelahiran anak keduanya pada 25 Julai lalu mendapat pujian pengikutnya di laman sosial. Ramai menyifatkan Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 31, sebagai seorang suami contoh kerana tanpa rasa gentar berada di sisi isteri yang sedang bertarung melahirkan zuriatnya. Menerusi video yang dikongsi, Nadzmi dilihat tenang ketika isterinya iaitu Ardell Aryana sedang bertarung nyawa melahirkan bayi lelaki mereka. Klik sini untuk lihat video.

Apa lebih mengagumkan, aktor itu dengan wajah selamba memegang kepala bayinya dengan bantuan doktor sebelum menarik keluar anaknya. Tidak hanya itu, Nadzmi turut menarik keluar uri dan memotongnya sebelum dilihat melaungkan azan dan iqamah di telinga kanan bayinya. Dalam pada itu, Nadzmi turut meluahkan penghargaan buat Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 33, kerana telah berkorban melahirkan cahaya mata mereka.

“Kepada isteri saya Ardell, terima kasih atas anugerah ini. Wahai isteriku, saya ada bersama awak dalam berjihad bertarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. “Tak terbalas pengorbanan awak. Terima kasih kerana memahami diri saya… Saya sangat sayang awak dan selamat datang bayi kesayangan. “Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada agama dan ibu bapa,” katanya. Sementara itu, Nadzmi dan Ardell sepakat memilih nama Arwa Uthman Affan bagi bayi lelaki mereka.

Menurutnya, mereka memilih ‘uthman’ kerana ia merupakan nama sahabat Rasulullah SAW selain salah seorang pemerintah Islam yang hebat. Manakala ‘Arwa’ pula membawa maksud puas, segar, menyenangkan dan merupakan nama ibu Khalifah Uthman. ‘Affan’ pula adalah nama Khalifah Uthman yang bermaksud bijak dan cerdas. “Assalamualaikum Arwa Uthman Affan… Alhamdulillah genap tujuh hari. Terima kasih Allah atas izin dan kurniaMu.

“Pengalaman dan rezeki luar biasa dari Allah dapat sambut sendiri anak kedua ini,” tulisnya. Pada 25 Julai lalu, Ardell selamat melahirkan cahaya mata kedua secara normal di Pusat Perubatan Anddora, Seri Kembangan, Selangor pada pukul 12.58 pagi. Untuk rekod, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini memiliki seorang cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.