SEBUAH pesawat kecil terhempas di atas jalan di Elmina, dekat Denai Alam, Shah Alam, pada petang Khamis. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan tiga maut dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu. Mngsa yang dipercayai terkorban adalah juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang penunggang motosikal. Saksi di tempat kejadian mendakwa penunggang motosikal itu dirmph pesawat berkenaan.
Difahamkan pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang. Menerusi video tular, kelihatan kesan hitam seperti terbakar di atas jalan raya di lokasi kejadian. Malah, kepulan asap hitam turut kelihatan menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.