PELAKON Remy Ishak meluahkan rasa terkejut atas susulan kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam pada petang Khamis yang turut mengrbnkan juruterbang Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Roslan. Remy memberitahu dia baru sahaja bertemu dengan Shahrul bersama keluarganya di sebuah restoran pada Selasa lalu. Menerusi Instagram, Remy turut berkongsi foto yang sempat dirakamkan bersama Allahyarham, isterinya dikenali sebagai Shefa. “Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya Shefa di Mozers Shah Alam.
“Hari ini buka WhatsApp dapat berita sedih ini. Saya bersimpati, semoga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman. Amin,” tulisnya. Remy berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis. Pelakon itu turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham dan keluarga atas pemergian Shahrul dalam insiden menyayat hati itu. Terdahulu, mereka melaporkan selain Shahrul, 42, sembilan individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal pergi selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.
Turut terkrbn, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.