SEKALI pandang, rakaman video di halaman sebuah rumah ini kelihatan seperti ‘taman monyet’. Bukan seekor dua sahaja, tetapi lebih 10 ekor monyet dan anak-anak haiwan itu sedang berlari-lari di halaman rumah berkenaan. Di ruang kapsyen, pelayar TikTok yang membuat perkongsian video itu meluahkan rasa terkilan apabila dia tidak dapat keluar dari rumah sewa tersebut kerana terikat dengan kontrak yang ditandatangani selama setahun. “Ini kes aniaya… memang la sign agreement (tandatangan perjanjian) setahun, tapi kalau macam ni gayanya,” luahnya.
Melihat video berdurasi 20 saat itu, pastinya tiada siapa yang mampu bertahan jika kawasan rumah sering diserbu monyet liar setiap hari. Bukan sahaja rumah bersepah dengan sampah sarap angkara haiwan tersebut, barang-barang yang ada turut dirosakkan seolah-olah rumah dipecah masuk oleh penymn. Menurut Muhd Fazril Haikal yang menyewa rumah di Klang, Selangor itu, keinginan untuk berpindah telah disuarakan kepada tuan rumah. Namun, dia mendakwa pihak terbabit berkata deposit yang telah dibayar sebelum ini akan ‘hangus’ kerana tempoh kontrak sewaan adalah selama setahun.
“Tuan rumah kata ‘kalau nak keluar, burn deposit’… masalahnya macam mana nak sabar. Ini rumah ke taman monyet? “Adakah cara in law (dalam undang-undang) sebab rasa teraniaya apabila bayar sewa tapi keadaan macam ni,” soalnya lagi. Menurut bakal anggota polis berpangkat Sarjan itu lagi, perjanjian yang dibuat secara hitam putih itu tidak melibatkan duti setem yang mempunyai kesan perundangan, komersil atau kewangan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“(Perjanjian) Tak ada setem, style kampung saja… tapi pemilik yakin sangat sampai berkeras tak mahu bagi deposit semula. “Tak tahan, nak keluar terus bulan depan… rezeki dapat jumpa rumah yang lebih baik tapi tersekat dan pemilik suruh hadap situasi ini,” ujarnya yang mempunyai anak kecil berusia dua bulan. Cuba untuk mencari alternatif lain bagi mengatasi masalah gangguan monyet berkenaan, dia menghubungi pihak Perhilitan untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, katanya, laporan yang dibuat tidak berjaya menghalau kesemua monyet berkenaan sebaliknya hanya dua atau tiga ekor sahaja yang berjaya ditangkap.
“Sudah report. Perhilitan cuma datang tmbk, dapat dua atau tiga ekor sebab yang lain lari… apabila minta perangkap, katanya tengah ada masalah peruntukan dan jumlah sangkar,” dakwanya lagi. Perkongsiannya itu menyebabkan warga maya bersimpati dan menyifatkan tuan rumah sengaja mengaut untung kerana menganggap situasi seperti itu sudah diketahui sebelum adanya penyewa. “Tuan rumah mesti dah sedia maklum perkara ini… saja nak ambil untung atas angin. “Biasanya nanti apabila sudah habis kontrak dan kita nak keluar, macam-macam pula tuan rumah cakap… akhirnya burn juga deposit.
“Kalau ada kontrak, sepatutnya pemilik perlu menyediakan tempat yang selamat dan sesuai untuk penyewa,” ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang tampil dengan pelbagai petua untuk menghalau monyet salain memintanya untuk tidak membayar sewa sehinggalah habis nilai deposit. “Abang letak patung harimau, singa yang besar-besar tu tiga ekor. “Kena pasang pagar sampai tutup bahagian atas atau kawat duri. “Boleh gunakan resipi belacan dan gantung air warna merah dalam botol di luar rumah. “Beli spray putih dan sembur pada seekor monyet tu… barulah yang lain tak datang dah,” ujar beberapa warga maya lagi.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.