Sebuah lagu hasil ciptaan bersama aktor, Imran Aqil dengan komposer dan penyanyi, Aiman Sidek yang diberi judul ‘Bunga Dahlia’ telah dilancarkan pada 24 September lalu. Diterbitkan oleh 4U Entertainment, lagu Bunga Dahlia’ merupakan kolaborasi susulan selepas Imran membintangi muzik video lagu Cinta Sejati, ciptaan dan nyanyian Aiman Sidek yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 15 juta di saluran Youtube 4U Entertainment. Menerusi lagu ‘Bunga Dahlia’, Imran membuat penampilan melalui sebuah puisi khas buat isteri tercinta, Dahlia Rizal.
“Lagu Bunga Dahlia adalah curahan hati saya kepada bakal isteri, Dahlia Rizal, ketika ianya ditulis. Kini, kami telah menjadi pasangan yang sah membuatkan setiap bait dalam lagu ini menjadi semakin bermakna kepada saya untuk Dahlia. Diharapkan agar semua dapat mendoakan kebahagiaan kami sampai ke hujung nyawa, seperti yang dititipkan dalam bait-bait lagu ini.”
Aiman Sidek berkata, ‘Bunga Dahlia’ merupakan sebuah karya yang berkisar tentang keinginan seorang pencinta yang mencurahkan segala rasa dan perasaannya kepada kekasih hatinya, Dahlia yang dimetaforakan sebagai sekuntum bunga yang sentiasa mekar dalam jiwa yang mencintainya, iaitu Imran. Menurut Meor Alfaizal dan Raja Azraff yang merupakan Penerbit Eksekutif bagi pihak 4U Entertainment, kejutan bermakna itu dirancang selepas majlis pertunangan Imran dan Dahlia pada tahun lepas.
“Lagu Bunga Dahlia merupakan hasil karya bersama seorang personaliti muda yang sangat rendah diri dan menghormati orang sekelilingnya. Seusai pertunangan Imran pada tahun lepas, kami telah mengadakan perbincangan dengan Imran untuk menjayakan kejutan bermakna sempena perkahwinan mereka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.” Pihak 4U Entertainment membuka peluang kepada pasangan kekasih terutamanya yang bakal mendirikan rumah tangga serta ingin berkolaborasi menghasilkan buah tangan istimewa sempena hari bahagia buat pasangan masing-masing.
Sekadar info, Imran telah selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial terkenal pada 9 September lalu selepas hampir lebih setahun mengikat tali pertunangan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.