Tular video house tour Asyraf Khalid, sekali ramai warganet yang puji sikap rendah diri dia

Personaliti sosial media, Koocester yang terkenal dengan konten ‘What do you do for a living’ di TikTok berkesempatan menemu bual usahawan terkenal iaitu Asyraf Khalid. Menerusi perkongsian tersebut, Koocester dilihat berpeluang melawat rumah mewah yang dimiliki oleh Asyraf dan juga isterinya, Tya Arifin. Mereka melakukan ‘house tour’ di kediaman tersebut dengan melawat beberapa ruangan seperti bilik tontonan, bilik tetamu, ruang tamu, ruang makan dan juga kawasan laman. Klik sini untuk lihat video.

Ketika disoal tentang kos penyelenggaraan rumah itu, Asyraf menjawab ia menelan belanja kira-kira RM20,000 sebulan termasuk kos pembantu rumah dan pengawal keselamatan. Paling menarik perhatian personaliti media sosial tersebut adalah koleksi jam tangan mewah yang dimiliki Asyraf, antaranya daripada jenama Rolex dan Patek Philippe. Bagaimanapun, sepanjang ‘house-tour’ itu usahawan tersebut sama sekali tidak mendedahkan harga sebenar barangan yang ada di kediamannya. Dalam masa yang sama, Asyraf juga banyak berkongsi ilmu tentang pengurusan bisnes.

“Pelaburan terbaik adalah pendidikan dan anda perlu mencari guru yang sesuai. Saya ada beberapa orang mentor antaranya ialah Datuk Kamarudin Meranun. Kadang kala saya berpeluang untuk berjumpa dengan individu seperti Tan Sri Vincent Tan, dapat nasihat, busines mentor juga seperti Dr Azizan.Semua orang ada kekuatan dan perspektif yang berbeza, jadi cuba dekati diri anda dengan individu-individu seperti ini dan anda akan melihat masa depan anda akan jadi lebih baik.”

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa ini juga berhasrat untuk membantu lebih ramai orang dan memberi sumbangan terhadap negara. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Asyraf yang merendah diri, berpengetahuan dan banyak berkongsi tips perniagaan serta nasihat. Sementara itu, ada di antara mereka juga ingin menjadikan kejayaan Asyraf sebagai inspirasi untuk berjaya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version