Hubungan cinta antara pasangan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bukanlah satu hal yang rahsia lagi. Baik di media sosial mahupun di khalayak, Aedy dan Amelia dilihat begitu santai dan terbuka dalam berkongsi kemesraan yang terjalin antara diri masing-masing. Mengakui tertarik dengan Amelia kerana rupa paras yang cantik, Aedy berkata, pengacara Gempak Most Wanted itu turut memiliki sifat-sifat positif lain yang menyebabkan dia berasa senang berada dekat bersama.
“Dia merupakan seorang wanita yang sangat cantik, jiwanya juga cantik. Dia bijak dan pintar. Saya rasa apa yang buatkan saya lebih tertarik dengannya adalah bagaimana dia begitu komited dengan kerja dan mengelolakan hidupnya. Sebenarnya, kita sangat rapat. Kita sentiasa ada untuk each other dan dia merupakan penyokong terbesar saya. Hal sebegini yang menjadikan saya lebih menghargainya,” katanya kepada Gempak. Aedy berkata demikian pada majlis tayangan filem War On Terror: KL Anarki yang berlangsung di GSC Lalaport, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya adakah dia sudah merancang untuk lebih serious dalam perhubungan dan melihat dirinya bertukar status sebagai seorang suami, jawapan Aedy: “Kita tak nak letak satu tarikh atau target. Sebab masing-masing sibuk. Dia pula komited dengan kerja, sampai saya pun terinspirasi dengan dia. “Tambahan pula, saya dan Amelia mempunyai pemikiran yang sama. Famili pun kita dah berjumpa, kita dah berkenalan. Insya-Allah kalau ada rezeki, ada jodoh, adalah,” katanya lagi.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.