Nak wariskan kepimpinan parti pada kepimpinan baru, Muhyiddin Yassin umum tak akan pertahanan jawatan Presiden Bersatu

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang. Pengumuman oleh Ahli Parlimen Pagoh itu dibuat ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor pada Jumaat. “Pada hari Jumaat yang mulia dan penuh berkat ini, saya mengumumkan bahawa masa untuk saya mewariskan kepimpinan parti kepada barisan kepimpinan baharu telah pun tiba.

Dan untuk itu saya ingin menyatakan bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun hadapan,” ujarnya. Menurut Muhyiddin, tarikh pemilihan tersebut akan ditentukan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tidak lama lagi. Pengumuman Muhyiddin itu disambut dengan laungan daripada perwakilan yang meminta dia menarik balik keputusan tersebut. Turut kedengaran suara pengacara majlis meminta hadirin untuk bertenang dan duduk di kerusi masing-masing.

Untuk rekod, Bersatu atau PPBM ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Muhyiddin. Parti itu telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan Logo PPBM telah dibenar-pakai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sehari selepas kelulusan pendaftaran parti tersebut.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version