PENYAMPAI radio Fizi Ali dituduh tidak sensitif susulan memuat naik foto bersama isteri di laman sosial miliknya dengan kapsyen ‘Kekasih Awal dan Akhir’. Warganet meluahkan rasa tidak puas hati kerana kapsyen berkenaan seolah-olah menidakkan kewujudan bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri. Ramai berasa kasihan dengan Shakilla yang tidak diiktiraf sebagai ‘kekasih’ pertama malah mereka pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak bersama.
“Bukan ke ini (Zulaikha) yang kedua? Kasihan ibu Ameena (Shakilla) tidak diakui kekasih pertama. “Semua lelaki sama sahaja sebab itu boleh ada yang kedua! “Kalau kekasih akhir itu mungkinlah betul kot. Tapi kekasih awal tu tak berapa kena,” komen warganet. Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, berkata, kritikan yang dilemparkan kepadanya dibuat secara melulu tanpa usul periksa. Kata Fizi, kapsyen tersebut adalah berdasarkan nama lagu Datuk Jamal Abdillah ketika menghadiri konsert penyanyi legenda itu pada malam Ahad lalu.
“Amboi mulut korang, puaka ya! Ramai betul bta tli… Itukan tajuk lagu Datuk Jamal Abdillah. “Semalam (Ahad) pergi konsert dia (Jamal), letaklah tajuk lagu dia. Kalau pergi konsert Senario saya letaklah lagu Cari Tapak. Apalah korang ni,” tulisnya di ruangan komen. Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, pada 18 Januari 2018 namun berpisah pada Disember 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofea, 4 tahun. Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha, 30, pada 23 Oktober lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.