Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim atau dikenali sebagai Ryzal Durian Kimchi digelar bodoh oleh seorang individu gara-gara bertutur dengan anaknya, Rina dalam Bahasa Korea. Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu yang dikenali sebagai Tiger seakan mempertikaikan penggunaan bahasa Ryzal seperti tidak berbangga menggunakan bahasa Melayu. “Dok bakpa yang mu dok cakap melayu dengan anok, mu ingat cakap melayu ni komang ke bodoh?,” ujarnya.
Tidak berdiam diri, Ryzal tampil membidas kenyataan individu itu dan memberitahu dia menggunakan tiga bahasa dengan anaknya bergantung kepada situasi. Dipercayai, ketiga-tiga bahasa tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea. “Astagfirullah makcik jaga la kata-kata. Saya gunakan 3 bahasa bila bertutur dengan anak, bergantung pada situasi dan tempat. “Makcik ni yang saya risau, nama pun Tiger, habitat yang hampir pupus tu Makcik,” balasnya. Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet turut mempertahankan Ryzal yang menggunakan pelbagai bahasa dengan Rina.
“Sibuk je. Biar lah anak dia. Lagi pun mak Rina orang Korea. Macam kita juga kadang-kadang speaking dengan anak-anak sedangkan ‘pure’ Melayu. Ya Allah Makcik apa kata-kata macam tu. First time ke tengok vlog Ryzal. Macam-macam bahasa dia cakap dengan Rina. Dah dia nak balik Korea, cakap lah Korea. Kalau dia balik Kelantan, dia cakap lah Kelantan,” komen warganet. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.