Bukan sekali dua kisah mengenai pelakon senior, Azhar Sulaiman dan anaknya, Kasih Iris Leona mendapat perhatian warganet di media sosial. Kali ini cerita mengenai bapa dan anak ini kembali menjadi perhatian apabila Azhar telah membuat teguran di akaun Instagramnya mengenai berat badan anaknya yang dikatakan semakin ‘sihat walafiat’. Menerusi posting yang dimuat naik Azhar, dia meminta anaknya untuk mendengar kata-kata selebriti Hollywood, Jane Fonda untuk menguruskan bad
“To my daughter Leona. Kalau you tak mau dengar cakap Daddy, at least you dengarlah cakap Jane Fonda. Kena slim, fit dan sihat dan bukan sihat walafiat ok,” tulisnya. Namun teguran Azhar secara terang-terangan di media sosial mengenai berat badan anaknya tidak persetujui warganet yang beranggapan ia sebagai ‘body shaming’. Menurut warganet, teguran yang melibatkan berat badan dan penampilan ini sepatutnya dilakukan secara ‘private’ dan bukannya disebarkan di media sosial yang mana akan mengundang lebih ramai netizen mengecam Leona.
Tak cukup dengan itu juga, penampilan Leona yang agak menonjol baru-baru ini juga mendapat perhatian warganet yang meminta Azhar untuk menegur anaknya. Pun begitu, Azhar berpendapat anaknya hanyalah bersikap ‘nakal’ dan tidak melampaui batas seperti memakai pakaian menjolok mata di dalam bilik. “To me Leona is just being ‘notty’. Nasiblah Youtube channel dia tak brsksi bagai dalam bilik atau tunjuk apa-apa yang lagi teruk dari sxy dress dia. Fesyen baju akan berubah.. Behar lebih risau pasal dia tak jaga diet ni, Behar, Kasih dan Rees kami bertiga slim fit,” katanya.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.