Baru-baru ini gempar di media sosial apabila media melaporkan cincin berlian bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta) milik seorang ahli perniagaan dari Malaysia didakwa dicuri di sebuah hotel di Paris. Namun selepas beberapa hari, pihak hotel memaklumkan pihak keselamatannya menemui cincin berkenaan di dalam beg pembersih hampagas. Ternyata laporan tersebut menjadi tanda tanya kepada wargamaya apabila rata-rata mempersoalkan siapakah pemilik cincin berlian asal Malaysia itu.
Terbaharu, nama ahli perniagaan terkenal, Datin Vivy Yusof menjadi perhatian apabila ada yang mendakwa dia terpalit dengan kes kehilangan cincin berlian tersebut. “Saya nak tahu, adakah awak yang menjadi sasaran kehilangan cincin bernilai 800K USD di Paris?,” soal seorang pengguna di Instagram (IG). “Laa Vivy Yusof ke,” soal netizen di TikTok.
Tidak berdiam diri, Vivy tampil memuat naik sebuah perkongsian foto di IG dengan bersoloroh menyatakan dia berada di Malaysia bukan di Paris. “Vivy Yusof kat Penang ye, bukan Paris. #iykyk,” tulis Vivy. Biarpun hanya berseloroh, Vivy seolah menafikan perkara tersebut. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut seolah-olah tahu apa yang cuba disampaikan oleh Vivy menerusi perkongsian tersebut. Malah, ada juga yang bersimpati apabila nama Vivy dikaitkan dengan berita gempar tersebut.
Difahamkan, itu bukanlah kali pertama kejadian sumpamanya berlaku di hotel terkenal di Place Vendôme itu. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.