Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh media sosial Syafiqa dan Syida Melvin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian. Terbaharu, seorang individu yang mendakwa sebagai pelanggan butik tersebut telah tampil menjelaskan kejadian yang berlaku. Menerusi perkongsian di IG Story, Syifa Melvin memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan oleh individu yang dikenali sebagai Zuzana.
Individu terbabit mendakwa bahawa pekerja di butik berkenaan sangat baik dengan memberi penerangan tentang peraturan premis tersebut. Tetapi lain pula yang jadinya, apabila wanita itu mendakwa adik-beradik itu telah memaki pekerja yang bertugas. Susulan daripada itu, Syifa tampil membidas dan mendakwa bahawa mereka adik-beradik marah kerana tindakan staf yang melihat kejadian itu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengarahkan Syida membawa keluar anaknya.
Susulan daripada itu, Syifa tampil membidas dan mendakwa bahawa mereka adik-beradik marah kerana tindakan pemilik butik berkenaan yang melihat kejadian itu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengarahkan Syida membawa keluar anaknya. “Kalau pekerja dia bagi duduk dekat sofa tu, pasal apa depa nak marah? Ni sebab tak bagi.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.