Antibodi agak lemah, Uqasha Senrose akui tiada alahan sejak hamil

PELAKON Uqasha Senrose dan suami sepakat untuk merahsiakan usia kandungan anak pertama mereka buat masa ini selepas mengesahkan sedang berbadan dua pada Ahad. Uqasha atau Mik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, apa lebih penting ketika ini proses kehamilan anak sulungnya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Malah katanya, sepanjang kehamilan dia tidak mengalami sebarang alahan namun lebih mudah terkena jangkitan demam atau pun selesema.

“Alhamdulillah saya tidak ada sebarang alahan pun sejak hamil. Makan atau bau semua okay. Cuma macam mudah demam, batuk dan selesema sahaja. Saya tak boleh duduk dekat dengan orang yang demam nanti berjangkit. Mungkin antibodi badan agak lemah ketika hamil,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Uqasha memberitahu dia juga tidak mengidam sesuatu yang pelik sehingga terpaksa menyusahkan suami iaitu Kamal Adli atau orang sekeliling mendapatkannya. “Kalau nak makan apa-apa boleh sahaja dapat di mana-mana sebab tiada permintaan istimewa. Apabila dapat tahu hamil saya tak fikir apa pun, cuma harap baby sihat dan cukup sifat serta dipermudahkan semuanya,” katanya.

Sementara itu, Uqasha meluahkan rasa kecewa apabila berita kehamilannya sebelum ini didedahkan oleh pihak yang tidak sepatutnya. Kata Uqasha, dia sudah berpesan kepada pihak terbabit merahsiakan terlebih dahulu khabar gembira itu namun tidak menyangka individu tersebut memungkiri janji. “Ini anak pertama, kalau boleh saya nak umumkan sendiri. Saya sudah beritahu untuk rahsiakan tapi tak sangka dia ambil gambar dan sebarkan.

Saya ke sana pun cuma nak buat tinjauan sahaja memandangkan sebelum ini pihak tersebut pernah mengajak datang sekiranya saya hamil,” luahnya. Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version