Seperti yang kita tahu, pelawak Ali Puteh baru berpeluang bertemu dengan anak kepada arwah abangnya, Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah selepas empat tahun tidak bersua muka. Terbaharu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan tampil memuat naik satu video yang begitu meruntun hati wargamaya di TikTok. Menerusi TikTok, Ali dilihat memuat naik video lamanya bersama arwah Abam yang berpelukan selepas menjuarai sebuah program realiti lawak terbitan stesen televisyen swasta kira-kira empat tahun yang lalu.
Menurut Ali momen tersebut merupakan pelukan kali terakhir bersama arwah abangnya sebelum pergi menghadap illahi. Selepas empat tahun berdepan dengan konflik bersama balu kepada arwh Abam, Ali kemudiannya berkongsi video dirinya memeluk erat anak saudaranya dalam keadaan yang penuh sebak. “2019 yang lalu, inilah kali terakhir kita berpelukan dan hari ini (2024), kali pertama aku memeluk anakmu abang. Serasa seperti memelukmu abang. Sesungguhnya aku rindu, teramat rindu akan mu.” Klik sini untuk lihat video.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya sebak melihat momen yang dikongsikan Ali. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar segala urusan melibatkan keluarga Ali dan Hidayah dipermudah.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.